Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, Lebuhraya Pantai Timur semakin padat dengan kenderaan menyebabkan aliran trafiknya perlahan.
Jurucakap Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pula berkata, antara kawasan yang trafik perlahan sejak 4 petang tadi ialah dari Simpang Empat menuju ke Seremban, Hentian Bukit Gantang ke Terowong Menora serta Plaza Tol Juru ke Bukit Tambun.
"Bagaimanapun setakat 6 petang tadi, keadaan di Plaza Tol Sungai Besi dan Jalan Duta masih lancar manakala di Plaza Tol Senawang sesak di kedua-dua arah," katanya.
Trafik di kedua-dua lebuhraya utama itu dijangka perlahan sehingga tengah malam berikutan orang ramai yang mula balik ke Kuala Lumpur selepas bercuti Aidilfitri di kampung.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di Plus menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik.
-- BERNAMA
