Upper Dolpa, Nepal: Ketika berusia 17 tahun, Tashi Sangmo mengahwini jirannya yang berusia 14 tahun di sebuah pedalaman Himalaya di Nepal dan bersetuju untuk berkahwin dengan adik lelaki bakal suaminya ketika itu.

Pada masa lalu, kebanyakan anak lelaki dalam hampir setiap keluarga di wilayah Upper Dolpa berkongsi mengahwini seorang wanita yang sama tetapi amalan poliandri semakin luput apabila kawasan berkenaan mula menerima cara hidup moden.
Tiada perpecahan

Cara ini lebih mudah kerana kita akan tinggal dalam sebuah keluarga. Tiada perpecahan atau pertelagahan gara-gara isteri ramai, namun semuanya menjadi tanggungjawab saya.

Kedua-dua beradik itu membawa wang dan saya akan putuskan bagaimana ia dibelanjakan, kata Sangmo.

Ketika Sangmo mengahwini Mingmar Lama 14 tahun lalu, dia sudah mengetahui adik iparnya, Pasang yang ketika itu berusia 11 tahun turut menjadi suaminya apabila tiba masa.

Mereka kini mempunyai tiga anak lelaki berusia lapan, enam dan empat tahun. Saya mahu berkongsi ikatan ini dengan abang kerana kehidupan lebih mudah untuk kami, kata Pasang, 25, ketika ditemui di rumah keluarganya di kampung Simen, kira-kira 4,000 meter dari paras laut dan lima hari berjalan kaki dari bandar berhampiran.

Kongsi kahwin

Secara tradisi penduduk Upper Dolpa masih menjalankan perniagaan menggunakan yak yang membawa garam dari Tibet dan beras dari selatan Terai.

Namun, amalan berkongsi suami itu menghalang setiap generasi sesebuah keluarga daripada membahagikan milik mereka dan bekalan makanan hanya meliputi keperluan asas tempatan.

Perkahwinan biasanya diatur dengan keluarga memilih seorang isteri untuk anak lelaki sulung mereka dan memberi peluang kepada adik beradik lelaki itu untuk mengahwini wanita yang sama kemudian.