header

Linda bahas buat kali pertama di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Dulunya hanya seorang suri rumah tetapi hari ini Datin Linda Tsen membuktikan kemampuannya sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah apabila beliau berbahas buat kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Linda yang menang pilihan raya kecil kawasan itu 4 November lalu, mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) kerana memberi kepercayaan terhadapnya untuk menjadi calon BN.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian suaminya yang menyandang kerusi itu, Edmund Chong Ket Wah, akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu. Linda juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Jospeh Paririn Kitingan.

"Dengan kerjasama serta sokongan semua pihak, saya telah memperoleh majoriti dua kali ganda daripada sebelum ini. Saya bertekad untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh mendiang suami dan bekerja lebih gigih agar kepercayaan rakyat terhadap BN akan terus terpelihara," katanya.

Beliau yang bangun untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi meminta agar kementerian tidak meminggirkan Sabah dalam program berkaitan sains dan teknologi.

Linda turut mencadangkan penubuhan sebuah lagi pusat sains di negeri itu selain dua pusat sains yang sedia ada di Semenanjung.
"Ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran sains dan teknologi di kalangan rakyat khususnya generasi muda di negara ini. Negeri Sabah dan Sarawak amat memerlukan kemudahan seperti ini," katanya.

Beliau juga menyarankan agar penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi tenaga alternatif atau tenaga hijau seperti solar, angin, ombak dan biomass dilakukan untuk dimanfaatkan di Sabah. - BERNAMA
AHLI Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin menandatangani buku sumpah Ahli Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah di Parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
Nov 9, 2010 12:22 pm
AHLI Parlimen Batu Sapi yang baru, Datin Linda Tsen Thau Lin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Tsen, 54, yang juga Naib Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi Wakil Rakyat setelah memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Khamis lalu. - Foto BERNAMA
Nov 9, 2010 12:20 pm
CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Tsau Lin yang memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dijulang Puteri Umno yang turut hadir ketika pengiraan undi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:05 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (empat dari kiri) bersama-sama penyokong-penyokong BN yang lain mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Tsau Lin (dua dari kiri) di atas kejayaan beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:03 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (kiri) beramah mesra dengan calon SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:01 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (dua dari kiri) sempat beramah mesra dengan calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah bagi pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 4, 2010 11:59 pm
DATIN Linda Tsen Thau Lin dari Barisan Nasional mengangkat tangan ketika di umumkan sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi oleh Pegawai Pengurus, Mohamad Hamsan Awang Supain (dua dari kiri) sambil diperhatikan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR, Ansari Abdullah di Pusat Perjumlahan Undi, Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:57 pm
PETUGAS SPR meletakkan peti undi dan dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:55 pm
PETUGAS SPR membewa peti undi untuk dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:54 pm
PETI undi dibawa masuk ke Dewan Masyarakat Sandakan bagi proses penjumlahan undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Sairien Nafis
Nov 4, 2010 11:52 pm

Keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi

Pautan Berkaitan