LIU Xiang (tengah) samai rekod dunia 12.87 saat dengan bantuan angin.
Liu, pemenang pingat emas Olimpik 2004, berlepas dengan baik di blok permulaan dan mendahului dari awal sehingga akhir dengan bantuan tiupan angin kencang dari belakang dengan ukuran kelajuan +2.4 meter sesaat di depan penonton yang bangun berdiri menyaksikan perlumbaan itu di tempat duduk di Hayward Field.
“Tentunya saya sangat gembira,” kata Liu, menerusi jurubahasa. “Tetapi, saya tidak boleh fikirkan mengenainya (masa). Saya perlu terus memandang ke depan.”
Juara dalam dewan dunia, Aries Merritt menduduki tempat kedua dengan catatan masa 12.96s, manakala Jason Richardson ketiga dengan masa 13.11s dalam kelompok pelari berpagar yang mencatat lima daripada enam catatan masa terpantas di dunia tahun ini. - AFP