Pemain Liverpool, Luis Suarez (tengah) bersalam dengan pemain United, Patrice Evra (kanan) sebelum perlawanan bermula di Anfield, malam tadi selepas enggan melakukannya musim lalu.
Liverpool: Liverpool yang beraksi 10 pemain terus gagal meraih kemenangan pertama musim ini di bawah kendalian pengurus baru, Brendan Rodgers apabila tewas 2-1 kepada musuh tradisi, Manchester United di Anfield, malam tadi.
Beraksi 10 pemain
Pada aksi malam tadi, Liverpool terpaksa beraksi lebih daripada separuh perlawanan dengan 10 pemain selepas Jonjo Shelvey dilayangkan kad merah pada minit ke-39 kerana melakukan terjahan keras dua kaki terhadap Jonny Evans.
Namun mereka tetap berjaya mendahului pada minit ke-46 selepas kapten, Steven Gerrard yang sepupunya berusia 10 tahun, Jon-Paul Gilhooley adalah penyokong termuda yang terbunuh di Hillsborough, melakukan voli menarik dari dalam kotak penalti menewaskan Anders Lindegaard.
United bagaimanapun hanya memerlukan lima minit untuk menyamakan kedudukan apabila Rafael melencongkan bola dengan cantik menuju tiang gol Liverpool dan menerjah jaring menewaskan Pepe Reina.
United naik tangga kedua
Pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan Liverpool, Glen Johnson menjatuhkan Antonio Valencia dan ia berjaya disudahkan dengan baik oleh Robin van Persie untuk gol kemenangan United pada minit ke-81.
Kemenangan itu membolehkan United naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris, satu mata di belakang Chelsea tatkala Liverpool terus terperosok di kelompok tangga tercorot. - AFP
Senarai Komen
x abes2 alasan mengarut fan liverpool ne
salahkn LIVERPOOL tue sndri... 4 game sblm x menang pun x bising plk.. elok sgt lah tue duduk jauh2 kat bottom 3 ye.... SEJARAH PALING BURUK LIVERPOOL SEJAK PENUBUHAN KELAB ni..