JOHOR BAHRU: London muncul sebagai bandaraya bukan Islam pertama di dunia ini untuk menganjurkan Forum Ekonomi Islam Dunia (WEIF) Kesembilan pada Oktober tahun depan.

Menteri Pembangunan Antarabangsa United Kingdom, Alan Duncan berkata, penganjuran itu memberikan satu lagi peluang kepada London menunjukkan sifat keterbukaan, pelbagai budaya dan kepercayaan selain peneraju pusat kewangan Islam di barat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada WEIF Kelapan di sini, sebentar tadi.