header

MB minta SPR bertegas soal bendera parti

LABIS: Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertegas dan mengambil tindakan terhadap parti yang tidak mematuhi peraturan berhubung bendera dan poster semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Abdul Ghani yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu berkata, BN akan sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian kelak.

Katanya, BN sedia menurunkan bendera UMNO, MCA, MIC serta parti komponen lain jika parti pembangkang mematuhi peraturan dan hanya menaikkan bendera atau poster parti yang bertanding saja. "Kita hanya mahu perjalanan pilihan raya berlangsung dengan aman dan lancar.
Undang-undang pilihan raya sudah ditetapkan iaitu hanya bendera parti yang bertanding saja dibenarkan," katanya pada sidang media selepas Pertandingan Nasyid dan Penyampaian Bantuan Khas Perdana Menteri di Sekolah Agama Pekan Air Panas di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, dan Speaker DUN Johor, Datuk Ali Hassan.

Pilihan raya kecil DUN Tenang ada 30 Januari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
Mengenai kempen kali ini, Abdul Ghani berkata seperti pilihan raya umum yang lalu, BN sudah merancang strategi dan berusaha bagi menjamin kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil ini.

"Petugas jentera yang terdiri daripada sayap UMNO dan parti komponen lain sudah memulakan tugas masing-masing termasuk memasang bendera BN serta poster di kawasan yang dikenal pasti di sekitar DUN Tenang ini.

"Bagaimanapun, kita patuh dengan peraturan yang ditetapkan SPR supaya pemasangan bendera atau poster itu tidak mengganggu keselamatan dan ketenteraman orang ramai," katanya.

Beliau berkata, BN akan berusaha meningkatkan kempen untuk menarik lebih ramai pengundi dengan mengadakan pelbagai kempen di setiap peti undi yang berada di dalam DUN Tenang.

"Kita sudah menjangka akan menerima kehadiran pemimpin pembangkang dari luar Johor, namun BN juga sudah bersedia dan berhati-hati sepanjang kempen pilihan raya ini," katanya.

SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu, Mohd Azahar Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Mar 17, 2011 2:17 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:08 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mohd Azahar Ibrahim selepas keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang diumumkan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zain Ahmed
Jan 31, 2011 2:06 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Mohd Azahar Ibrahim selepas diumumkan sebagai ADUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Jan 31, 2011 1:59 am
MOHD Azahar Ibrahim dijulang selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:23 am
MOHD Azahar Ibrahim diraikan penyokong dan ahli keluarga sejurus tiba di rumahnya di Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:34 am
MOHD Azahar Ibrahim bertemu neneknya, Esah Sulong, di rumah di Jalan Tenang, Labis, selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:40 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menaiki trak tentera untuk ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis kerana laluan dari tempat penginapan mereka dinaiki air. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:34 am
KENDERAAN terperangkap dalam kesesakan akibat banjir di hadapan Balai Polis Tenang Station selepas hujan sepanjang hari. - Foto Sairien Nafis
Jan 31, 2011 2:37 am
ANGGOTA Pertahanan Awam dan tentera dari Kem Gemas membawa mangsa banjir berpindah selepas rumah mereka di Kampung Ladang Verra ditenggelami air ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:54 am

Mohd Azahar Ibrahim ADUN Tenang

Pautan Berkaitan