header

MCA tidak guna taktik takutkan pengundi: Liow

LABIS: Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu menggunakan taktik menakut-nakutkan pemilih bagi meraih sokongan pengundi dari kaum Cina pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang 30 Januari ini.

Beliau berkata, parti itu sekadar memberi penjelasan kepada pengundi mengenai perbezaan antara Barisan Nasional (BN) dan PAS bagi membolehkan mereka membuat perbandingan antara dasar negara Islam PAS dan dasar pelbagai kaum BN agar mereka benar-benar faham mengenainya.

"Ia bukan sekadar isu berjabat tangan sahaja, tapi merangkumi perkara yang lebih penting, mengenai dasar parti," katanya ketika ditemui semasa mengadakan kempen rumah ke rumah di Kampung Baru Labis di sini hari ini Beliau berkata demikian semasa merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh beberapa pemimpin PAS kononnya MCA menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi dengan menyentuh isu mengenai negara Islam untuk meraih sokongan kaum Cina.

Liow berkata, MCA akan terus membandingkan dasar BN dengan PAS dan akan terus memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai perbezaannya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang minggu depan yang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, bulan lalu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, dan PAS, Normala Sudirman. - BERNAMA

SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu, Mohd Azahar Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Mar 17, 2011 2:17 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:08 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mohd Azahar Ibrahim selepas keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang diumumkan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zain Ahmed
Jan 31, 2011 2:06 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Mohd Azahar Ibrahim selepas diumumkan sebagai ADUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Jan 31, 2011 1:59 am
MOHD Azahar Ibrahim dijulang selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:23 am
MOHD Azahar Ibrahim diraikan penyokong dan ahli keluarga sejurus tiba di rumahnya di Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:34 am
MOHD Azahar Ibrahim bertemu neneknya, Esah Sulong, di rumah di Jalan Tenang, Labis, selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:40 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menaiki trak tentera untuk ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis kerana laluan dari tempat penginapan mereka dinaiki air. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:34 am
KENDERAAN terperangkap dalam kesesakan akibat banjir di hadapan Balai Polis Tenang Station selepas hujan sepanjang hari. - Foto Sairien Nafis
Jan 31, 2011 2:37 am
ANGGOTA Pertahanan Awam dan tentera dari Kem Gemas membawa mangsa banjir berpindah selepas rumah mereka di Kampung Ladang Verra ditenggelami air ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:54 am

Mohd Azahar Ibrahim ADUN Tenang

Pautan Berkaitan