Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lebih banyak usaha perlu dilakukan bagi menangani jenayah melalui penguatkuasaan undang-undang dengan lebih efektif dan meningkatkan lagi penglibatan masyarakat di dalam usaha pencegahan jenayah.
"Penularan jenayah keganasan ini pastinya bukan satu ciri masyarkat kita dan kita perlu mencari punca masalah serta langkah-langkah untuk mengatasinya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - BERNAMA



