SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebarang maklumat yang tidak disahkan atau palsu boleh menjejaskan siasatan serta memberi kesan emosi kepada keluarga penumpang dan nak kapal MH370 yang hilang.

Sehubungan itu, beliau merayu supaya pihak yang menyebarkan berita yang tidak sah dan sahih termasuk berbentuk spekulasi menghentikannya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MAS, di sini, sebentar tadi.