"Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta
Beliau berkata, oleh kerana rang undang-undang itu akan mengambil masa lebih
kurang enam bulan untuk diwarta dan dilaksanakan, maka dalam tempoh berkenaan,
ribuan pekerja yang mencapai usia persaraan wajib 55 tahun, sudah bersara.
"MTUC amat prihatin terhadap nasib kumpulan ini apabila ramai daripada
mereka menghubungi kongres ini untuk menyatakan harapan agar mereka diambil
kembali bekerja kerana mereka masih cukup sihat dan mampu untuk terus bekerja.
"Lagipun, pekerja ini memikul tangungjaab yang amat berat kerana belum
melangsaikan pinjaman perumahan, perlu menyelesaikan bayaran insurans serta bil
perubatan dan menyara pendidikan anak-anak," katanya.
Mengikut Rang Undang-undang Umur Prsaraan Minimum 2012 yang diluluskan
Parlimen baru-baru ini, umur persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta
dinaikkan kepada 60 tahun dan seseorang majikan tidak boleh memaksa pekerjanya
bersara sebelum dia mencapai usia persaraan minimum. - BERNAMA
