Macam-macam: Universiti perkenal kursus kejayaan Lady Gaga

Macam-macam: Universiti perkenal kursus kejayaan Lady Gaga

2010/11/11

COLUMBIA: Kehebatan penyanyi Lady Gaga nampaknya tidak terbatas kepada bidang seni suara, malah berkembang di bidang akademik.

Terbaru, Universiti Selatan Carolina menawarkan satu kursus dinamakan Lady Gaga dan Sosiologi Kemasyhuran yang akan dimulakan pada musim panas akan datang.

Profesor sosiologi universiti itu, Mathieu Deflem berkata, kursus itu menumpukan kajian mengenai bagaimana Lady Gaga mencapai kemasyhuran dalam tempoh singkat. – Agensi