FAM kata ada pemain hanya tahu turun tandatangan tanpa faham isi kontrakKuala Lumpur: "Mereka bukan lagi budak sekolah yang perlu diajar!" Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkaitan laporan pemain bola sepak tempatan ‘buta peraturan’ setiap kali mengikat kontrak dengan sesebuah pasukan.
Tak patut berlaku
Ini bukan budak sekolah dan tidak perlu kita ajar macam mana nak elak benda ini daripada terus berlaku. Sebagai seorang yang profesional, kedua-dua pihak (pemain dan majikan) juga perlu bersikap profesional dalam soal kontrak," Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agung FAM
Sebagai seorang berstatus profesional, Azzuddin berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan mengakui sebelum ini juga kejadian sama pernah berlaku malah ada segelintir pemain yang hanya tahu menurunkan tandatangan tanpa memahami isi kandungan sebenar sesuatu kontrak.
Selain itu, ada segelintir pemain seperti tidak tahu hak dan mengambil mudah mengenai hal berkaitan perkara ini apabila hanya membiarkan pihak tertentu mendapatkan tandatangan mereka tanpa meminta satu salinan untuk disimpan.
“Kejadian serupa sudah beberapa kali berulang malah ada kalanya ada pemain itu sendiri tidak memiliki sebarang salinan kontrak yang mereka tandatangan.
Perlu bersikap profesional
“Ini bukan budak sekolah dan tidak perlu kita ajar macam mana nak elak benda ini daripada terus berlaku. Sebagai seorang yang profesional, kedua-dua pihak (pemain dan majikan) juga perlu bersikap profesional dalam soal kontrak,” kata Azzuddin ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas laporan BH Sukan, semalam mengenai kenyataan Pengarah Hak Kesukanan Football Management International, Faisal Zakariah yang juga anggota Jawatankuasa Pertandingan FAM, yang menyifatkan pemain malas membaca peraturan terkandung dalam buku panduan dan kontrak.
Faisal beranggapan kontroversi seperti itu mampu dielak andai pemain menggunakan khidmat ejen atau peguam yang memahami senario bola sepak.
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.
amirul
Sudahlah... cakap je lebih cam budak sekolah, tp korangnye pemikiran lebih teruk dr budak sekolah, kalu budak sekolah pun tp still ade guru yg mengajar dan boleh dngr tp pihak atasan FAM ade ke yg boleh diajar @ ditegur? senang citer semua undur diri ade berani ? pinda balik semua peraturan yg sedia ada utk memajukan bola sepak negara.
Jangan sampai negara luar duk cemuh kepada M'sia baru la nak wat berubahan masing2 dah boleh fikir secara bijak. kalau rasa tak mampu nak urus..buat apa duduk lama2..bg kat org yg mampu utk memimpin.. ada otak pakai ada mata lihat ada dan jgn buat butakan mata pekakkan telinga je..nanti org manyampah ... peace no war..
Gigi Emas
FAM yang perlu penambahbaikan. Jangan salahkan pemain. FAM tidak pernah langsung meningkat. Undang2 perpindahan pemain pon masih menjadi tanda tanye tahap keberkesanan dan perlaksanaan. Ini sifat yang sangat tidak bagus. Suka menunding jari, salah diri sendiri buat2 xnampak
taliban
Fam jgn melenting bila kena komen.undor diri jika tak mampu meningkatkat bola sepak malaysia.undor lah........jgn samapai kerusi tu repot baru nak tukar.
ladyheart
mereka kan belajar setakat form 5 je kan...faham2la...
bala
Change the whole management team. Bring in tony fernedez for changes.
Azizi
Pegawai dan pengurusan FAM sendiri tidak professional. Lihat sahaja Liga kerap kali bertukar format hinggakan peminat malas nak ikuti..
hanafi
Patutnya pemain yg nak pegang status profesional ada sijil drpd FAM. FAM patut wajibkan depa ni kursus berkenaan kontrak yg kononnya standard. Sehari setahun pun takpa.. FAM pun sama x profesional
yuyu
betul setuju dengan roti planta. FAM mainkan peranan untuk memprofesionalkan bola sepak negara. ini tidak hanya pandai berperanan macam guru besar sekolah nak salahkan player macam budak sekolah. professional la sikit nak selesaikan benda benda professional. nak expect mereka professional, bdan bola sepak malaysia ni sendiri tak profesional
akulazulu
jgn samakan budak sekolah dlm hal ini, sekurang2nya budak sekolah ada peningkatan dari sekolah rendah ke menengah dan seterusnya masuk universiti..tetapi yg tiada peningkatan sejak dari dulu sampai sekarang adalah fam sendiri, sejak ditadbir oleh kerabat diraja dan anaknya.. apa taknya, 28 tahun jadi presiden bola malaysia tak kemana2..negara2 lain dah lama graduate tapi malaysia masih di tadika, dulu, kini dan selamanya..
melighani
Setuju dengan Roti Planta...FAM perlu berubah ke arah Profesional dalam semua aspek, agar timbul rasa hormat terhadap FAM dari segenap warga bolasepak Malaysia, nescaya akan jadi ikutan dan contoh kepada pemain dan persaruan Negeri....
Roti Planta
Pemain perla profesional, majikan perla profesional tetapi Presiden dan Setiausaha FAM juga perla profesional. Pengurusan semasa FAM terutama Setiausaha dilihat oleh rakyat sebagai terlalu amatur, buruk dan hanya pengampu.
bukankah itu peranan FAM. Sebenarye bukan salah pemain tetapi FAM gagal menyediakan standard operating prosidur. terbukti lagi pegawai FAM tak tahu menjalankan tugas. dah 28 tahun jadi presiden, perkara ini masih berlaku.
harris
kontrak tebal sangat kot ,bahasa english pulak.
Senarai Komen
Jangan sampai negara luar duk cemuh kepada M'sia baru la nak wat berubahan masing2 dah boleh fikir secara bijak. kalau rasa tak mampu nak urus..buat apa duduk lama2..bg kat org yg mampu utk memimpin.. ada otak pakai ada mata lihat ada dan jgn buat butakan mata pekakkan telinga je..nanti org manyampah ... peace no war..