header

Mahasiswa, kakitangan UiTM tak dibenar terbabit kempen

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi amaran kepada semua pelajar dan kakitangan akademiknya supaya tidak terbabit dalam sebarang kegiatan parti politik sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bermula hari ini.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata mereka yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut Akta UiTM 1976 (pindaan 2006) atau akta lain yang bersesuaian.

Beliau berkata, memang sukar untuk mengawal lebih 180,000 pelajar dan hampir 9,000 pensyarah universiti itu di seluruh negara tetapi UiTM mempunyai mekanisme tersendiri. “Saya juga mempunyai akaun facebook yang kini mempunyai lebih 27,500 kenalan, kebanyakannya pelajar UiTM sendiri. Kalau ada pelajar atau pensyarah yang terbabit dalam politik, saya akan tahu dengan pantas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sahol Hamid berkata, majoriti pelajar dan pensyarah UiTM tidak terbabit dengan parti secara langsung kerana mereka kurang berminat dengan politik kepartian.

Beliau berkata, walaupun pelajar dan pensyarah dilarang terbabit dalam kempen parti di Tenang, jika secara kebetulan mereka pemilih berdaftar dalam DUN berkenaan, mereka masih boleh mengundi pada 30 Januari ini.

“Pelajar yang berusia lebih 21 tahun dan sudah berdaftar sebagai pemilih, boleh mengundi kerana itu hak mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun pelajar atau pensyarah tidak boleh terbabit dalam politik kepartian di luar kampus tanpa kebenaran universiti,” katanya.

SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu, Mohd Azahar Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Mar 17, 2011 2:17 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:08 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mohd Azahar Ibrahim selepas keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang diumumkan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zain Ahmed
Jan 31, 2011 2:06 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Mohd Azahar Ibrahim selepas diumumkan sebagai ADUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Jan 31, 2011 1:59 am
MOHD Azahar Ibrahim dijulang selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:23 am
MOHD Azahar Ibrahim diraikan penyokong dan ahli keluarga sejurus tiba di rumahnya di Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:34 am
MOHD Azahar Ibrahim bertemu neneknya, Esah Sulong, di rumah di Jalan Tenang, Labis, selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:40 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menaiki trak tentera untuk ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis kerana laluan dari tempat penginapan mereka dinaiki air. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:34 am
KENDERAAN terperangkap dalam kesesakan akibat banjir di hadapan Balai Polis Tenang Station selepas hujan sepanjang hari. - Foto Sairien Nafis
Jan 31, 2011 2:37 am
ANGGOTA Pertahanan Awam dan tentera dari Kem Gemas membawa mangsa banjir berpindah selepas rumah mereka di Kampung Ladang Verra ditenggelami air ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:54 am

Mohd Azahar Ibrahim ADUN Tenang

Pautan Berkaitan