Keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Low Hop Bing
Seksyen berkenaan melarang pelajar universiti melakukan apa saja yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau bangkangan terhadap parti politik sama ada di dalam atau di luar negara.
Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23; dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan polis ketika kempen berkenaan dan kemudian dihadapkan ke lembaga disiplin UKM pada 4 Julai lalu yang mendapati mereka tidak bersalah.
Mereka kemudian memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 15(5)(a) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut mereka Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan menyatakan warga negara berumur 21 tahun ke atas layak mengundi dan itu adalah penzahiran dan pembabitan dalam politik.



