Nasional

Malaysia, China meterai MoU perangi jenayah



Putrajaya: Malaysia dan China menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memerangi jenayah rentas antara kedua-dua negara di Beijing, semalam.

Pada majlis MoU itu, Malaysia diwakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, manakala China diwakili rakan sejawatnya, Meng Jianzhu.

Kerjasama dua hala dalam empat bidang utama

MoU antara lain menyentuh kerjasama dua hala dalam empat bidang utama, termasuk penguatkuasaan undang-undang, latihan penguat kuasa undang-undang, penyelidikan saintifik serta pertukaran teknologi.

Hishammuddin berkata, MoU turut menyentuh soal kerjasama dalam isu berkaitan keganasan, penggubahan wang haram dan pembiayaan kepada keganasan, pemerdagangan manusia, penyeludupan manusia, pemalsuan dokumen imigresen, penipuan telekomunikasi dan jenayah siber.