login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Sukan
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Malaysia, Real Madrid berentap
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/04/13

Peluang peminat tempatan saksi kelibat bintang dunia Ronaldo, Kaka

BAYANGKAN bintang dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Karim Benzema dan Xabi Alonso beradu kekuatan dengan skuad negara di depan khalayak ribuan peminat tempatan yang memenuhi segenap pelosok stadium untuk melihat wira mereka yang sebelum ini disaksikan di kaca televisyen sahaja.
Ia kelihatan seperti fantasi semata-mata, namun mendekati realiti seandainya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihak penganjur berjaya dalam misi membawa gergasi Sepanyol dan rekod sembilan kali juara Eropah, Real Madrid ke tanah air bagi perlawanan persahabatan berprestij jelajah pra-musim.
Pengerusi Perbadanan Stadium Merdeka, Datuk Mohd Said Yusof mengesahkan pihaknya bekerjasama dengan FAM dan penganjur untuk membawa Los Galacticos ke Stadium Bukit Jalil selepas Piala Dunia yang berakhir pada Julai.

“Saya sekarang menunggu pengesahan daripada pihak FAM mengenai usaha untuk membawa Real Madrid ke Malaysia. Jika menjadi kenyataan, mereka akan tiba selepas Piala Dunia untuk menentang Malaysia,” katanya ketika dihubungi.

Usaha mendapatkan gambaran jelas mengenai kunjungan ini menemui kebuntuan ketika FAM dan penganjur belum bersedia mendedahkan perancangan mereka.

Namun, kehadiran Real Madrid pasti akan mencetus keghairahan baru peminat tempatan yang sebelum ini disajikan dengan aksi pasukan Inggeris seperti Manchester United yang tiba tahun lalu, Chelsea dan Arsenal.
Jelajah pra-musim sentiasa dimanfaatkan Real Madrid dengan kunjungan ke Asia dalam usaha mempromosikan kelab itu kepada khalayak lebih luas, namun kelab terkaya dunia itu belum pernah menjadikan Malaysia sebagai hentian mereka.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

OKNO_KIO@YAHOO.COM.MY
real madrid mesti hadir ke malaysia
epoy
Bagus jgk...pndedahan dgn club spanyol..tp kita kena betul2 ready...jgn main mcm bdk skolah sudah...buat malu!!hrp team kita boleh bg saingan& cabaran....jgn terlalu menghormati pasukan lawan...good luck Malaysia...
amir
Harap jgn gunakan nama malaysia, gunalah nama kelab. Ambil pemain yang bagus, dari pasukan2 negeri. jadikan sebuah dream team.

tkkn malaysia je.. bagilah peluang kelab malaysia....bgilah mereka menunjukkan kehebatan kelab malaysia
Eboiyez
knpa tdk selangor ke harimau muda ke kedah mungkin lwn real. tkkn malaysia saja.. bagilah peluang kelab malaysia berentap pula untuk menaikkan mutut bola sepak malaysia dan memperkukuh kehebatan kelab malaysia di persada dunia atau asi... bagilah peluang dengan kelab malaysia
cekodok
Bila la liverpool boleh datang pula?
ridwan
fuhh..harap2 jadila..teringin sangat nak saksikan kehebatan real madrid dpn mata..
david villa
nak tengok messi..
zurich.hussain
yes!..kita tengok kekuatan dan keupayaan pasukan Malaysia tatkala berentap dengan salah satu pasukan terbaik dunia..GO..GO MALAYSIA..
mohd faizal padzil
sebagai perminat bola sepak,saya berasa bangga jika kelab berstatus dunia ini hadir ke negara kita.kehadiran kaka dan alonso serta rakan sepasukan mereka dapat menguji kekuatan skuad kebangsaan kita.harap pihak FAM dapat memujok kelad sepanyol tersebut.
meon
betul3.. mcm ni la. asyik tgk pasukan liga inggeris je secara live..nk juga tgk pasukan dari liga negara lain beraksi di negara kita..
meon
betul3.. mcm ni la. asyik tgk pasukan liga inggeris je secara live..nk juga tgk pasukan dari liga negara lain beraksi di negara kita..
syaiful
ape brg lwn real madrid..better lwn barcelona,bru gempak...
fitri
kalo kompom dtg malaysia kan best giler
hidup c. ronaldo....
ajis
saya amat menati kujungan pasukan dari Real Madrid ke Malaysia , dimana selama ini kita disajikan dengan persembahan dari MU,Chelsea n Arsenal sahaja. Usha FAM amat saya sanjung untuk kita melihat dengan lebih dekat lagi pasukan ternama dari Eropah datang ke Malaysia.Dengan kehadiran pasukan yang handal seperti ini boleh menambahkan lagi mutu para pemain-pemain kita yang sekarang ini seperti ketandusan idea untuk melakukan sesuatu............
h3llb0y
ala, kalo lps piala dunia mesti pemain2 yg xterlibat ngn piala dunia je dtg.. yg lain msti nak rehat lps piala dunia mcm ronaldo,alonso,kaka..
HANAFIAH YAHAYA
satu perlawanan yang hebat dan bagus
Tomey
Inilah masanya pemain Malaysia menimba ilmu & kemahiran individu pemain Malaysia dapat ditonjolkan sebagai penanda aras sejauh mana kemajuan Malaysia dipersada bola sepak antarabangsa..Malaysia Boleh
tyco5
Syabas kepada FAM. Pemain Malaysia pun da semakin hebat dan cabaran daripada kelab hebat sangat penting. Usahakan bersungguh2 ya!!!
no ole
molek jugok...
shahril bahdek
bagi saya ini adalah satu perancangan yang baik dan harus di teruskan,secara langsung apabila negara kita membuat perlawanan persabatan ini kita dapat belajar serba sedikit bagaimana pasukan luar mengendalikan pasukan mereka hingga ke peringkat yang terbaik seperti yang kita mahukan untuk pasukan negara kita...MALAYSIA BOLEH..

satu usaha yg baik...tp kpd peminat jgn bharap sgt real madrid akan bawa pemain utama mereka kerana pemain2 mesti akan memohon di kecualikan kerana penglibatan mereka dlm piala dunia...
ragook
Saya rasa bawa Barcelona bermain di Malaysia lebih bagus. Pemain mereka pun bukan jenis berlagak. Saya tengok muka C.Ronaldo naik menyampah pun ada. Macam bagus-bagus saja.
Bee
Bagus2 jika Real Madrid dtg ke Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan tapi harga tiket bagi menyaksikan perlawanan tersebut haruslah berpatutan. Cthnya harga tiket antara RM 20 hingga RM 30 seorang.
suhardi muhamad
bagus juga real madrid datang malaysia.dkpt tgk bintang2 piala dunia
man iman
like it.....jadikan ia sebagai realiti
hafnee
nak tengok macamana Ronaldo mengelecik penjaga gol........
C-Daman
Pasti hebat dan perlu ada siaran langsung untuk peminat yang tinggal di kampung.....baru ok
ajampeace
okla tu..pemain malaysia boleh belajar dari dorang...
sham
berita harian the best.. i like berita harian...
kaka malaysia
pergh gempak beb...
ini bakal menjadi sejarah di malaysia kelab gergasi sepanyol real madrid sanggup dtg ke malaysia..
tetikush
viva la real madrid...viva la espana...syoknyer real madrid nak dtg mesia..kena book tiket awal2 ni
pokdien
klu bley jd la....ps2 rmai2 pg sokong mlysia....klu kita x sokong sape lg yg nk sokong???mat salleh pn x ingin nk sokong kita....


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker