Pengarah Eksekutifnya, Alexander Stedtfeld, berkata Kaji Selidik Iklim Perniagaan Asean 2012 itu juga mendapati 50 peratus daripada responden di Malaysia merasakan keseluruhan ekonomi Malaysia dapat dikekalkan pada akhir tempoh 12 bulan akan datang, manakala 30 peratus menjangkakan ia akan bertambah baik.
Stedtfeld juga mendedahkan bahawa perdagangan antara Malaysia dan Jerman dijangka mencecah 12.5 bilion euro tahun ini, naik sedikit daripada 11.3 bilion euro yang dicatatkan tahun lalu.
Kaji selidik itu dijalankan di kalangan syarikat anggota MGCC di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Soalan dalam kaji selidik itu menumpukan kepada keyakinan perniagaan, sasaran pertumbuhan dan pelaburan di negara berkenaan pada tahun lalu dan akan datang. - BERNAMA
