Malique Ibrahim
Ketika dihubungi HIP, Pegawai Promosi Warner Music Malaysia, Anne Mukthar mengesahkan Malique berada dalan keadaan sihat.
“Saya sekarang (ketika dihubungi) berada di rumah Malique dan dia ada di sini. Tetapi dia tidak mahu diganggu. Malique dalam keadaan baik di sisi isterinya, Melissa Maureen,” katanya.
Sehubungan itu, Anne meminta individu yang menyebar berita palsu itu berhenti daripada melakukannya demi menghormati Malique dan keluarga.
“Saya juga terdengar ada orang mengatakan Malique menghidap kanser, ia juga tidak benar,” katanya.