'Man City kena kerja keras kekal gelaran'

'Man City kena kerja keras kekal gelaran'

2012/08/19

Manchester: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini percaya mempertahankan trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menjadi lebih sukar berbanding menjulangnya buat pertama dalam masa 44 tahun.

City menamatkan penantian panjang untuk diangkat sebagai juara bola sepak Inggeris yang ditentukan pada perlawanan terakhir musim lalu menerusi dua gol pada masa kecederaan yang memberi kemenangan 3-2 kepada ke atas QPR mengatasi musuh tetangga Manchester United dengan perbezaan gol.

Namun kini United kembali mendapat khidmat pertahanan Nemanja Vidic yang kembali cergas malah menewaskan City untuk mendapatkan Robin van Persie dari Arsenal yang juga buruan utama Mancini.

Ditambah Chelsea yang turut dilemparkan dengan kuasa wang untuk merapatkan jurang membuatkan Mancini, yang akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan menentang kelab yang baru dinaikkan Southampton di Eastlands, hari ini mengakui betapa besar getir yang dihadapi anak buahnya.

Ia akan menjadi lebih sukar berbanding tahun lalu. United sentiasa menjadi pencabar utama merebut kejuaraan untuk 20 tahun. Hanya kerana kami memenangi kejuaraan musim lalu, kami boleh mengubahnya, kata Mancini.

Van Persie ialah seorang penyerang terbaik dunia, pemain kelas dunia, penyerang terbaik tahun lalu. Bersama Wayne Rooney (kiri), mereka akan menjadi pasangan serangan terbaik di EPL, kata Mancini yang mengakui United memerlukan seorang penyerang.

Setakat ini, Mancini berjaya membawa masuk pemain tengah Everton, Jack Rodwell selain cuba untuk mendapatkan khidmat pemain Roma, Daniele de Rossi.
AP