Sihat
Mandian sejuk Johnson’s baby
2012/06/20
PENERAJU jenama produk barangan penjagaan bayi, Johnson’s baby memperkenalkan inovasi terkininya, Johnson’s baby Cooling Bath bagi menggalakkan kanak-kanak di Malaysia kekal aktif dan segar dalam keadaan cuaca panas dan lembap.
Produk mandian yang bersesuaian dengan cuaca tropikal di negara ini adalah jawapan kepada kehendak ibu dan keperluan ahli keluarga.
Ia dihasilkan daripada pati herba asli bunga honeysuckle yang dapat memberi keselesaan kepada kanak-kanak, sekali gus mencegah ruam dan mengekalkan kesegaran kulit.”
Baunya yang harum serta kekal sepanjang hari menimbulkan rasa yang nyaman pada tubuh kanak-kanak.
Selain itu, Johnson’s baby Cooling Bath adalah produk pertama di pasaran menggunakan formula “NO MORE TEARS” bertujuan melindungi mata anak anda dari sebarang ketidakselesaan.
Produk Johnson’s baby terbukti ketulenannya serta lembut untuk kulit si kecil, serta dipercayai oleh ibu bapa.
Sejajar dengan pengenalan produk baru itu, Johnson’s baby melancarkan pencarian bintang tarian “Cool Kids Crew”.
Kini, Cool Kids Crew sudah mempunyai empat ahli dan Johnson’s baby ingin mencari empat lagi bakat baru untuk menyertai kumpulan ini.
Kanak-kanak yang terpilih untuk menyertai Cool Kids Crew akan berpeluang untuk beraksi dalam video muzik Johnson’s baby Cooling Bath.
Bagi merancakkan kempen pengenalan produk barunya, lagu dan lirik video muzik itu akan dicipta oleh komposer hip hop terkenal, Altimet; manakala reka tarinya akan dihasilkan pemenang So You Think You Can Dance Malaysia musim pertama, Alam.
Maklumat lanjut layari
https://www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com