Mutakhir
Manikavasagam terima ugutan bunuh
2010/05/16
KLANG: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, pagi ini menerima ugutan bunuh menerusi nota yang diikat pada bungkusan plastik mengandungi cat merah yang dilempar ke anjung rumahnya di Pekan Meru di sini.
Nota ugutan itu bertulis "Jangan campur isu pasir u mati".
Bungkusan cat merah yang dilemparkan itu mengenai bahagian belakang dua kenderaan milik wakil rakyat itu, sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Estima warna kelabu gelap dan Proton Perdana warna putih.
Nota dan bunkusan plastik itu dipercayai dilempar antara jam 4 hingga 5 pagi oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan dakwaan Manikavasagam sebelum ini membabitkan isu pasir dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Manikavasagam berkata, beliau hanya menyedari kejadian itu pada jam 7.30 tadi pagi ketika ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
Katanya, polis yang dihubungi sejurus kejadian, datang ke rumahnya kira-kira jam 7.45 pagi.
"Saya tidak akan berganjak daripada pendirian saya membabitkan dakwaan itu. Saya masih tidak akan meminta maaf dan tarik balik apa yang saya katakan mengenai isu ini," katanya kepada pemberita.
Jumaat lalu, Manikavasagam membuat laporan polis terhadap tiga ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan ke telefon bimbitnya, membabitkan dakwaan beliau itu.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
suara
Syabas dengan pendirian YB...jangan babitkan kes ugutan ini dengan BN sudahlah.
simpati
Penakut saje yg berani buat perkara cam tu..kalau anak jantan jumpa la depan muka lepas tu ugut puas hati nak tengok berani ke tidak.
Arif
Saya bersma YB S Manikavasagam. Berani tegas dan berkualiti. teruskan YB membongkar kemungkaran isu pasir yg membabitkan rasuah oleh syarikat KSSB
zak
thank, wakil rakyat yg prihatin mengatakan yg benar walaupun diugut.
doremifasolatido
tetapkan pendirian, bole maaf kalau perkara tu baik demi keselamatan