header
Teks Ucapan TPM Ucapan dasar Ketua Wanita Ucapan Dasar Pemuda Ucapan dasar Puteri

Marilah bersama saya: Najib

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, mengajak seluruh orang UMNO supaya bersama beliau berjuang bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang bagi mempertahan kuasa Melayu, kesucian agama Islam dan kedaulatan institusi Raja.

Najib berkata, setiap orang UMNO perlu bersatu membentuk barisan yang kuat, kebal dan ampuh untuk meneruskan perjuangan membela nasib dan maruah bangsa dan agama sejak berdekad lamanya.

Berucap menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, Najib berkata kalau orang Melayu alpa, lalai dan masih bersengketa, maka Melayu akan menjadi bangsat di tanah sendiri. "Selepas mandat diberikan, selepas baiah dilafazkan, marilah bersama saya, pada saat dan detik ini kita tidak punyai pilihan, insaflah saudara saudari, andainya UMNO tidak kita tatap, UMNO tidak kita bela, UMNO kita biarkan sehingga tersungkur rebah dan andainya UMNO lenyap, apakah masih terjunjung Islam yang suci, apakah masih Melayu dipuji dan apakah disanjung raja-raja kita?

"Wahai orang-orang UMNO, kepada Allah kita berlindung, kepada Allah kita memohon...bentenglah parti ini, dakaplah kukuh perjuangan ini, walau apa pun aral mendatang jangal sekali-kali kamu tinggalkan bukit-bukit Uhud ini.

"Ayuh, ayuh, ayuh semua ke medan tarung. InsyaAllah kemenangan pasti milik kita. Demi Islam, Melayu dan Malaysia. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!" katanya sambil disambut ribuan perwakilan parti di Dewan Merdeka.

Dalam ucapan hampir sejam itu, Najib turut meminta rakyat, khususnya kalangan pengundi, supaya tidak mempertaruhkan nasib dan masa depan bangsa dan negara dengan memberi mandat kepada pakatan pembangkang.
Katanya, negara akan punah jika ditadbir pakatan pembangkang yang rapuh yang tiada pendirian dalam soal penting.

"Saya nak yakinkan 12 juta lebih penggundi di luar dewan ini. Yakinlah jika ada pakatan rapuh seperti itu yang tak ada pendirian, kita tidak boleh menyerah negara yang tercinta ini kepada mereka.

"Pilihan oleh rakyat adalah titik penentu, sama ada kita nak Malaysia yang cemerlang dengan memilih BN atau ke jalan tragis penuh kehancuran dengan memilih pembangkang," katanya.
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
SEBAHAGIAN pemerhati sebak dan beremosi ketika mendengar ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di luar Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Danial Saad
Dec 4, 2011 9:32 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman memotong pulut kuning selepas Perhimpunan Agung UMNO 2011 ditangguhkan di PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:31 am
MASNATU Satong (kiri) bersama Redonah Bahanda membaca buku Wasiat Raja-Raja Melayu di dalam Dewan Merdeka, PWTC, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Dec 4, 2011 9:19 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak memeluk bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas selesai ucapan Penggulungan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, semalam. - Foto Auzuddin Saad
Dec 4, 2011 9:18 am
PERWAKILAN dan pengunjung di PWTC menatap akhbar Berita Harian. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:16 am
PENIAGA, MOHD Firdaus Rosshidin (kanan) melayan pembeli memilih kain pasang yang dilelong selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, semalam. - Foto NSTP
Dec 4, 2011 9:15 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak menerima tepukan gemuruh perwakilan pada ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Dec 4, 2011 9:10 am
AHLI UMNO bersemangat melaungkan ‘Hidup UMNO’ ketika menonton ucapan Presiden menerusi skrin besar di luang legar PWTC, semalam. - Foto BERNAMA
Dec 4, 2011 8:44 am
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Majlis Tertinggi bersemangat membaca ikrar yang diketuai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada ucapan penggulungan perbahasan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 6:12 pm
URUSETIA Perhimpunan Agung UMNO dan anggota keselamatan memeriksa tempat duduk perwakilan ketika mesyuarat berhenti rehat di PWTC, hari ini. - Foto Osman Adnan
Dec 3, 2011 5:10 pm

Katakan tidak kepada pembangkang: Najib
Berita Harian:
Google: