RAWANG: Mayat seorang bayi lelaki yang sempurna sifat ditemui mati dibuang dalam sebuah tong sampah di Kampung Tanjung, Sungai Choh, dekat sini pada jam 8 pagi tadi.
Mayat bayi malang yang dipercayai baru 24 jam dilahirkan itu hanya berbalut akhbar dan beg plastik.
Ia ditemui pekerja syarikat kutipan sampah, Mohd Kamil Enoh, 44, ketika memulakan tugasnya pagi tadi.
Beliau berkata, beliau menemui bungkusan berat ketika memilih sampah yang terdapat dalam dua tong yang disediakan kepada penduduk di kampung itu.
"Mulanya saya nampak kaki bayi pada bahagian hujung bungkusan sampah itu. Setelah dibuka keseluruhan pembalut itu sangkaan awal bayi dibuang memang benar sekali.
"Saya sebak dan mengigil bersendirian. Bayi itu masih bertali pusat dan dibuang bersama urinya yang masih berdarah," katanya ketika ditemui Berita Harian di sini pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan dan sedang menjalankan siasatan lanjut.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi balai polis berhampiran dengan segera.
"Mayat dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, jam 9.15 pagi untuk bedah siasat. Sehingga kini, tidak ada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian itu," katanya.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
Faridah
Astaghfirullah...ada juga manusia yang tidak bersyukur... Rezeki yang paling bernilai pun tidak menghargai... Insaflah...
sue
inilah dinamakan akhir zaman..
geramnya...tiada tanggungjawab laa...
yuiyui
xde ape yg bleh dikatakan...rasa kesal pun tidak akan mendatangkan apa2 perubahan kepada mereka yg kejam ini. WAHAI IBU2 YG KEJAM jikalau tidak mahukan bayi yang tidak berdosa mengapa harus dibunuh???!!! letaklah mereka ditempat yang selamat dan mudah dijumpai agar anda yg tebabit tidak menjadi PEMBUNUH!!!
farhanah
kenapa?kenapa?kenapa? tak takutkah mereka ini kepada hukuman Tuhan? Berzina itu besar dosanya, di tambah lagi dengan membunuh... memang dunia dah nak kiamat... hentikanlah membunuh nyawa anak-anak kecil yang tidak berdosa..... bertaubatlah...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat apa yang kita buat samada yang baik ataupun sebalik...fikir-fikirkan lah....
Siti Sara
Insaflah sebelum terlambat.
ajam aisyah ajam damia
manusia camni..elok je ke tali gantung..selagi hukum hudud tak dijalankan..selagi itulah maksiat bermaharaja lela
shahnor
subhanallah...apa dh jadi ni...
alungkl
org kite skrg hanya tau komen tp kjadian terjadi dpn mate pun siap tngok je bkn nak tlong...sbb tu la jenayah makin menjadi..anak bangsa pun dah makin hanyut.knape tak d ggur mase hamil muda dari d buang mcm tu..ape nak jadi dgn diri kita skrg ni?.
muzakar
prinsip hidup beragama x tidak di hayati...inilah akibatnya..umat makin jauh menyimpang..jauhilah kami daripada bala Ya Allah..aminn..
sad
apa nak jadi kat m'sia sekarang ni... dulu2 kes buang bayi cuma kes terpencil .. sekarang ni hampir tiap2 minggu kita dgr kes buang bayi.. apa nak jadi dgn remaja zaman sekarang...
rosnah binti ibrahim
Manusia sekarang membuat anak ibarat syaitan
Ahmad Nasrun Maruson
Niiii..apa ni? Takda hati perut agaknya.. Berani buat hal tapi tak berani bertanggungjawab (jika anak luar nikah). Jika sah sekalipun suami isteri.. Kenapa ini yang dibuat?????????
fi
Astagfirullah hal'azim.. Apa nk jadi. Kalau x nak anak, jangan buat.. Nafsu manusia. Anak ini amanah Tuhan, bukan untuk di buang.
EDBERG ENTANG
nie bukan manusia...binatang pun bukan...ntah pa pkataan nak diberi..tlampau kejam...cuba dorg plak dbuang dlm tong sampah...balut ngan surat khabar...bgkus dlam plastik..KEJAM!!!!!!!
aishah nor
alahai sedih nya...bila lah agaknya si pelaku ni nak bertaubat...sepatutnya di kenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan...nak menangis pun dah kering airmata...sayang sekali waris anak-anak Malaysia di buang begitu sahaja oleh manusia yang tidak berhati perut...bertaubatlah wahai si pelaku durjana...
lankelate
ini lah yg dikatan dunia akhir zaman. pembunuhan berlaku di mana-mana baik bayi mahupun org dewasa. jadi kita yang hidup ini seharusnya berfikir dari apa yang berlaku. Ini lah perlunya hudud ( undang-undang yg ditetapkan Allah) bagi membendung masalah zina. wassalam
azy acob
nauzubillah..mana prikemanusian dlm dri ibu atau org yg membuang bayi itu..merakalah yg layak diltakkan dtmpat sampai itu..bukan bayi yg tk berdosa itu......
imran
Ni la akibatnya orang berzina tak disebat.Pastu diorang tak takut lah nak buat maksiat.Tengok,dah berapa juta anak kena buang.
noor shazwana omar
npa msti ada mnusia yang sbgni rupa............sdngkan haiwan pon syang kn anaknya ini kita yang punya akal dan fkiran untuk brfkir........rnung2kan la.............
hamzaayu
jangan sampai tuhan turunkan bala... satu m'sia kena....
mawar merah
inilah manusia berhati binatang.. tak guna
akustik mazliana
MasyaAllah...dunia hampir kiamat...akhir zaman
eyrul
Ya Allah, pe nak jd ngan masyarakat skarang..
Binatang pon tak buang anak...dlm kategori apakah mereka ini...
encik kentang
selagi ada bahan lucah, selagi itu seks bebas dan anak luar nikah akan berterusan. kita masih nak menafikannya lagi ke?
amalin
masyaAllah..semua ni dah menyimpang daripada fitrah manusia..saya yang baru dapat anak sedara pun happy sangat..