Maybank adalah bank pertama di Malaysia yang menawarkan akaun buku simpanan pelaburan perak yang membolehkan penyimpanan dan pengeluaran perak pada harga harian dalam Ringgit Malaysia.
“Perak sentiasa bernilai tanpa mengambil kira apa juga persekitaran ekonomi. Pulangan daripada pelaburan bergantung kepada turun naik harga perak, dan urus niaga akan dicatatkan dalam buku simpanan pelanggan bagi rekod dan penyelenggaraan yang mudah,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Pelaburan minimum bagi akaun itu ialah 20 gram dan pembelian atau jualan minimum berikutnya ialah 10 gram dengan jumlah tambahan dalam denominasi satu gram.
Dengan pilihan inovatif itu, Lim berkata MAYBANK menyasarkan menarik 20,000 pelanggan dalam masa setahun ini.
Pada 1997, MAYBANK memperkenalkan Akaun Pelaburan Emas Maybank bagi membolehkan pelanggan melabur dalam logam berharga itu.
Ketika ini ia mempunyai portfolio lebih 66,000 akaun dengan pelaburan berjumlah lebih RM650 juta.
