Majistret Nurulnaim Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Faizullah Abdullah, 24, dari Kampung Baru Pandan 2, Batu 5, Jalan Gambang dekat sini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada jam 2 pagi di sebuah rumah di Lorong Alor Akar 30, 29 Julai lalu.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang dikatakan menemui teman wanitanya pada malam kejadian itu mula memukul akibat berang dengan sikap cemburu teman wanitanya.
Mangsa yang ketakutan, kemudian membuat laporan polis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatimah Abu Bakar. - BERNAMA
