login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Wilayah
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Melaka & Negeri Sembilan: Gelanggang sia-sia
Oleh Mohd Amin Jalil

2010/07/28

SEREMBAN 2: Kira-kira 700 penduduk, terutama kanak-kanak di Green Street Homes, di sini terpaksa mencari pilihan lain untuk bersukan dan beriadah apabila Gelanggang Rakyat yang dibina dengan kos kira-kira RM100,000 dan siap sejak kira-kira enam bulan lalu masih tidak dibuka kepada orang ramai.

Kelewatan ini dipercayai berikutan kerosakan pada lantai gelanggang menyebabkan kemudahan itu yang diletakkan di bawah pengawasan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman terbiar begitu saja.
Keadaan ini mengundang rasa kecewa penduduk kerana tidak dapat membawa anak bermain di gelanggang itu setiap petang atau hujung minggu, manakala kanak-kanak terpaksa ke taman berhampiran untuk beriadah.
Penduduk menyifatkan ia sebagai projek gajah putih, walaupun tujuan untuk menyediakan kemudahan bersukan dan beriadah.

Wakil penduduk, Rohaya Mohd Yuneh, kesal kerana hingga kini kemudahan itu masih tidak boleh digunakan walaupun sudah lama siap.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) gelanggang itu di bawah pengawasan KRT.

Katanya, KRT memaklumkan tindakan menutup gelanggang kerana pembinaannya belum sempurna dan berlaku sedikit kerosakan lantai yang menyebabkan air bertakung. Kami akur dengan keadaan itu, tetapi ia tidak sepatutnya terbiar begitu lama dan tindakan bagi memperbaikinya patut diambil.

KRT tidak boleh lepas tangan begitu saja sedangkan ia siap enam bulan lalu. Saya lihat sebahagian kecil saja lantainya yang tidak rata, katanya, di sini.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
Artikel Lain
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker