Melayu sudah sedar

Melayu sudah sedar

Ziauddin Sharuddin | zia@bharian.com.my
2012/11/24

Kembali yakin kemampuan UMNO, berbanding PAS, PKR: Muhyiddin

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melihat imej parti itu kini semakin meningkat menyebabkan orang Melayu mula kembali meyakini kemampuan UMNO.

“Orang Melayu sudah sedar. Walaupun di sesetengah negeri yang kita kalah dulu, mereka menyatakan bahawa kita ada sedikit kelemahan, tetapi kita sudah cuba memperbaiki keadaan itu.

Ada perubahan

“Jika anda bertanya sama ada berlaku perubahan, ini jawapan saya: Perubahan itu dilihat dalam bentuk gerak kerja, turun padang hingga peringkat akar umbi, berjumpa pengundi dan memberi bantuan.

“Jadi sudah ada keyakinan baru bahawa UMNO adalah parti yang lebih berupaya, berbanding PAS dan PKR,” katanya dalam temu bual bersama BH.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/