login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Sastera
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Meneroka Media Baru
Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my
2010/06/18

PENANGKAP Bayu karya Super Nature Design.
PENANGKAP Bayu karya Super Nature Design.
Galeri - Jumaat)
Inovasi pereka muda dari industri kreatif antarabangsa
PAMERAN Nova - Meneroka Media Baru di Galeri Petronas, Suria KLCC, Kuala Lumpur, membawa pecinta seni tanah air meneroka keunikan dan keindahan karya seni inovasi pereka muda dari industri kreatif antarabangsa. Nova - Meneroka Media Baru sempena Festival Minggu Rekabentuk Kuala Lumpur (KLDW) bermula 4 Mei sehingga 4 Julai ini, memaparkan pelbagai komponen bersepadu yang mempamerkan karya seni media baru di negara ini.

Antara unsur baru yang bakal menarik pengunjung adalah Pameran Haroshi yang berkisar kepada lapan arca seni tiga dimensi berasaskan papan luncur yang dipotong dalam bentuk mozek, bintik dan piksel oleh pereka Jepun.

Selain itu, ia turut menampilkan permainan Devilrobot iaitu koleksi permainan dan jarang dipertontonkan kumpulan pereka bentuk Jepun, Devil Robots yang dianggotai lima penggiat seni terkenal peringkat antarabangsa.

Tidak sekadar itu, Nova turut menampilkan komponen Festival Dotmov oleh Shift Japan, iaitu siri seni video yang menampilkan 19 filem digital dipilih daripada 264 penyertaan yang mewakili 30 negara untuk festival filem digital anjuran majalah kreatif dalam talian dari Jepun, Shift.
Pegawai Pemasaran dan Komunikasi, Galeri Petronas, Maisarah Mahmood, berkata Penangkap Bayu karya installasi seni interaktif oleh kumpulan pereka Super Nature Design berpangkalan di Shanghai adalah antara karya menarik untuk diketengahkan kepada pengunjung.

‘Bagi menikmati hasil seni kumpulan Super Nature Design, penerima Anugerah Olympiad Rekabentuk Seoul 2009, pengunjung perlu meniup kipas kecil yang bertentangan dengan skrin putih besar yang dapat menghasilkan imej.

“Konsep ini bukan sahaja membawa nafas baru dalam interpretasi seni, tetapi juga menggabungkan seni dengan sains dari spektrum falsafah ilmu, seni dan sains digolongkan sebagai dua bidang yang letaknya dalam polar berlawanan,” katanya.

Karya seni digital oleh pereka grafik muda yang sedang mencipta nama di pentas seni digital tempatan juga dipaparkan melalui Pameran Pendigitan sekali gus menonjolkan gaya dan limpahan daya kreativiti dengan wajah segar terbaru generasi muda.

“Bagi mendalami seni pendigitan, orang ramai diberi peluang mengenali ukiran dengan reka bentuk ganjil, liar dan asing daripada pengasas 1000 Tentacles, Leong Wan Kok dan Khor Pheik Hoy, melalui sesi dialog dengan mereka,” jelasnya.

Antara pengkarya lain yang terbabit pada pameran ini ialah Haslina Ghazali, Fariz Hanapiah, Ibrahim Arafath, Danny Han, Riza Effendie, Yazid, Eeven Soh, Nadirah Zakariya, Faiz Akhbar, Prakash, Muid, Abby Latif dan Sua Anna Joe.

INFO
Pameran Nova - Meneroka Media Baru’


Tarikh: 4 Mei hingga 4 Julai 2010
Tempat: Galeri Petronas, Level 3, Suria KLCC
Telefon: 03-20517770
Tarikh: 4 Mei sehingga 4 Julai

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
Artikel Lain
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker