header

Menjelang Belanjawan 2012: Mencabar pengaruh berganda krisis kewangan

Ekonomi Malaysia masih kukuh berdepan kesan kelembapan dialami kuasa besar

BELANJAWAN 2012 yang akan dibentangkan hari ini dijangka menjadi antara perancangan perbelanjaan tahunan negara paling mencabar susulan kesan pengaruh berganda dari luar iaitu sebaik saja ekonomi negara melonjak selepas terkena tempias krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) pada 2008.

Kini negara perlu persiapan rapi untuk berdepan jangkaan satu lagi kelembapan ekonomi bakal berlaku ekoran masalah kewangan Eropah, kelembapan berterusan ekonomi AS serta pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan.
Selain itu, kenaikan kos sara hidup yang masih membelenggu masyarakat juga mampu memberikan kesan kepada aliran pertumbuhan ekonomi, justeru, menimbulkan persoalan mengenai kekukuhan kedudukan kewangan kerajaan untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan mencapai sasaran menjadi negara maju menjelang 2020.

Defisit dalam kewangan kerajaan memberi persepsi bahawa kerajaan tidak mempunyai banyak ruang memperuntukkan perbelanjaan besar kali ini untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

Nisbah hutang kerajaan terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada sekitar 53 peratus bagi tempoh separuh tahun pertama 2011, agak tinggi berbanding sebelum berlakunya kemelesetan ekonomi dunia 2008 iaitu 41 peratus.
Ekonomi negara masih memiliki kelebihan kerana sebahagian besar iaitu 96 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang kerajaan daripada sumber dalam negara.
Perkara itu tidak menjadi masalah kerana sistem kewangan negara mempunyai kecairan tinggi dan terdapat permintaan tinggi oleh pelabur institusi.

Penganalisis secara umumnya menjangka pendapatan kerajaan pada tahun semasa yang melonjak ekoran kutipan cukai dan hasil komoditi tinggi akan membolehkan kerajaan terus memperkenalkan langkah menyokong pertumbuhan dan menangani kebimbangan mengenai kenaikan harga barangan.

Antara beberapa langkah belanjawan yang secara umumnya dijangka penganalisis tempatan akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada belanjawan kali ini adalah:

  • Peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan memacukan pelaksanaan kontrak projek awam;

  • Insentif untuk merancakkan sektor pertanian, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS);

  • Liberalisasi seterusnya sektor perkhidmatan utama serta insentif tambahan untuk sektor ekonomi utama termasuk minyak dan gas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan profesional;

  • Pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum. Angka dicadangkan persatuan pekerja dan majikan baru-baru ini antara RM700 hingga RM1,500;

  • Pengumuman menaikkan umur persaraan bagi kakitangan sektor swasta daripada 55 tahun sehingga kepada 64 tahun;

  • Pembayaran bonus, semakan gaji atau kenaikan elaun sara hidup (COLA) bagi sejumlah 1.3 juta kakitangan kerajaan;

  • Pengurangan duti import ke atas produk makanan tertentu dan kemungkinan liberalisasi import makanan bagi menurunkan harga;

  • Kemungkinan pengenalan setem makanan dan baucar tunai atau kupon bagi pengangkutan awam dan utiliti bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah; dan

  • Penurunan cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


Selain itu, dalam menangani isu kenaikan tinggi harga rumah ekoran spekulasi, kenaikan Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) pada kadar tinggi, dilihat antara langkah bijak untuk diperkenalkan. Sebelum ini, kerajaan sudah melupuskan kadar cukai RPGT ini pada 2007.

Oleh itu, pengembalian RPGT juga boleh mendatangkan hasil tambahan kepada kerajaan selain dapat mengurangkan aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah.

Kadar RPGT sebelum ini ialah 30 peratus untuk tempoh dua tahun pertama, 20 peratus untuk tahun ketiga, 15 peratus bagi tahun keempat dan 5 peratus bagi tahun kelima.
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 selepas membentangkan Bajet 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 7:36 pm
KAKITANGAN di sebuah pejabat swasta serius mendengar pembentangan Belanjawan 2012 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi dalam talian. - Foto Nik Hariff Hassan
Oct 7, 2011 7:17 pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dekat Balai Bomba Kuantan bersemangat menonton secara langsung pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Bagunan Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Halim Mat Ali
Oct 7, 2011 6:28 pm
PEMANDU Hospital Sultanah Bahiyah gembira selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan gaji kepada golongan berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2012, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
Oct 7, 2011 6:24 pm
MAHASISWA Perubatan Universiti Mansurah, Mesir (dari kiri) Muhammad Farhan Fadzil, Muhammad Faiez Othman dan Muhammad Hariz Azmir tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan Belanjawan 2012 menerusi dalam talian, hari ini. - Foto Muhammad Fawwaz Ai'zat Sa'ari
Oct 7, 2011 6:21 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berseloroh sambil menunjukkan warna baju sama ketika hadir membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:34 pm
AHLI Parlimen pembangkang menunjukkan buku belanjawan Pakatan Rakyat di luar Dewan Rakyat sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:28 pm
WAKIL media menunggu di ruang legar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:27 pm
SUASANA Dewan Rakyat tenang ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:22 pm
ORANG ramai mengambil kesempatan beratur untuk membeli buku Laporan Ekonomi 2011/2012 yang berhanga RM45 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. - Foto Afendi Mohamed
Oct 7, 2011 5:06 pm

Rakyat sambut baik Bajet 2013
Berita Harian:
Google:

...lihat Reaksi rakan Facebook BH Online