header

Menjelang Belanjawan 2012: Tetap faedah rendah pinjaman rumah

Saranan bantu ringan beban kewangan belia

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran untuk menetapkan kadar faedah lebih rendah untuk golongan belia berusia di bawah 30 tahun yang membuat pinjaman perumahan serta kenderaan bagi meringankan beban kewangan mereka, sekali gus mampu menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negara.

Saranan itu dibuat berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan yang mendapati 53 peratus daripada 2,068 responden berusia 18 hingga 40 tahun yang ditemui menyatakan keadaan kewangan diri atau keluarga mereka berada pada paras membimbangkan. Ketua Pegawai Operasi IPPBM, Zakaria Md Sam, berkata kadar faedah pinjaman lebih rendah perlu dipertimbangkan untuk golongan terbabit kerajaan dalam Belanjawan 2012 supaya belia tidak dibebani hutang yang tinggi sehingga menyebabkan ada di antara mereka dikategorikan miskin pada usia di bawah 40 tahun.

“Pada ini institusi kewangan mengenakan kadar faedah yang agak tinggi bagi pinjaman kenderaan dan rumah, justeru jika kerajaan boleh menetapkan pada kadar minimum 2.5 peratus, ia mampu memberi sedikit lebihan kewangan kepada mereka untuk menyimpan atau membeli barangan keperluan lain.

“Ini yang kita mahukan, belia perlu diberikan sedikit aset yang membolehkan mereka merancang masa depan yang lebih baik termasuk untuk membuat pelaburan, perniagaan mahupun terbabit dalam aktiviti persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO),” katanya ketika di temui di sini, semalam.

Ditanya kesannya jika faedah yang lebih rendah kemungkinan mendorong belia terbabit dalam masalah sosial termasuk penagihan dadah, Zakaria berkata, masyarakat tidak seharusnya melihat belia sebagai sasaran kepada masalah jenayah dan sosial, sebaliknya memberikan peluang kepadanya untuk menentukan dan mencorak masa depan sendiri.
“Kita yakin belia kini sudah diberikan kemahiran dan pendidikan tinggi, soal mereka terbabit dalam masalah sosial antara lainnya disebabkan mereka berdepan pelbagai tekanan, termasuk tiada sumber kewangan yang mencukupi selain faktor kekeluargaan,” katanya.

Beliau berkata, golongan belia di bawah usia 18 hingga 25 tahun biasanya baru menamatkan pengajian dan pada peringkat itu, keinginan membelinya tinggi.

“Ini menyebabkan kebanyakan mereka mula berhutang dengan membuat pinjaman bank bagi membeli kenderaan, rumah mahupun persediaan perkahwinan,” katanya.
SERTAI KAMI DI FACEBOOK
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 selepas membentangkan Bajet 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 7:36 pm
KAKITANGAN di sebuah pejabat swasta serius mendengar pembentangan Belanjawan 2012 yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi dalam talian. - Foto Nik Hariff Hassan
Oct 7, 2011 7:17 pm
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dekat Balai Bomba Kuantan bersemangat menonton secara langsung pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Bagunan Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Halim Mat Ali
Oct 7, 2011 6:28 pm
PEMANDU Hospital Sultanah Bahiyah gembira selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan gaji kepada golongan berpendapatan rendah dalam Belanjawan 2012, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
Oct 7, 2011 6:24 pm
MAHASISWA Perubatan Universiti Mansurah, Mesir (dari kiri) Muhammad Farhan Fadzil, Muhammad Faiez Othman dan Muhammad Hariz Azmir tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan Belanjawan 2012 menerusi dalam talian, hari ini. - Foto Muhammad Fawwaz Ai'zat Sa'ari
Oct 7, 2011 6:21 pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berseloroh sambil menunjukkan warna baju sama ketika hadir membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:34 pm
AHLI Parlimen pembangkang menunjukkan buku belanjawan Pakatan Rakyat di luar Dewan Rakyat sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:28 pm
WAKIL media menunggu di ruang legar ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
Oct 7, 2011 5:27 pm
SUASANA Dewan Rakyat tenang ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Oct 7, 2011 5:22 pm
ORANG ramai mengambil kesempatan beratur untuk membeli buku Laporan Ekonomi 2011/2012 yang berhanga RM45 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. - Foto Afendi Mohamed
Oct 7, 2011 5:06 pm

Rakyat sambut baik Bajet 2013
Berita Harian:
Google:

...lihat Reaksi rakan Facebook BH Online