GENEVA: Bekas calon presiden FIFA, Mohamed Hamman berjaya dalam rayuan terhadap penggantungan seumur tetapi gagal membersihkan namanya atas dakwaan kes rasuah ketika pemilihan jawatan tertinggi persekutuan itu.

Pegawai dari Qatar itu berjaya dalam rayuan ketika kes dibicarakan di Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan yang mengetepikan penggantungan seumur hidup yang dijatuhkan FIFA kerana dakwaan membeli undi ketika mencabar Sepp Blatter tahun lalu.
Bagaimanapun, panel mahkamah enggan memihak kepada beliau bahawa dirinya tidak bersalah atas tuduhan rasuah. - AP