header

Muhyiddin ingatkan pengundi Batu Sapi buat pilihan bijak



SANDAKAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin

Yassin mengingatkan pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi yang akan keluar mengundi esok supaya membuat pilihan bijaksana. Beliau berkata pengundi perlu membuat pertimbangan bijak dengan hanya memilih pemimpin yang mampu menjuarai usaha membangun serta menyediakan segala
kemudahan demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat sendiri.
"Kita mahu supaya rakyat memberi pertimbangan bijaksana. Kalau hari ini
mereka (rakyat) sudah merasa hidup sempurna dan baik, tentu mereka tidak akan
berkata cukup setakat itu sahaja.
"Kita mahu lebih baik lagi untuk masa-masa hadapan," katanya ketika berucap
selepas bersembahyang maghrib dan melakukan solat hajat secara berjemaah bersama ratusan umat Islam di Masjid Al-Falah, Kampung Karamunting di sini malam ini.
Muhyiddin berkata kerajaan ingin melihat rakyat pelbagai kaum dan agama di
negara ini terus hidup dalam suasana harmoni serta maju selain menikmati
kehidupan lebih sempurna, dan usaha ke arah itu sedang rancak dilakukan oleh
kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui
gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata kemajuan yang dicapai Malaysia turut diiktiraf ramai pemimpin
dunia, terbaru Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton yang kagum dengan
kepesatan ekonomi negara dan kemakmuran rakyat di sini.
Katanya, Clinton menyatakan kekagumannya tentang kepimpinan Najib dan
kepimpinan negara sebelum ini kerana berupaya mengekalkan kestabilan politik dan
keharmonian hubungan antara kaum, meskipun terdiri daripada pelbagai kaum,
keturunan serta agama.
Muhyiddin berkata Clinton, yang pertama kali melawat Malaysia, menyatakan
kepadanya bahawa apa yang disebut Najib sebagai "global movement of the
moderate" ketika berucap pada Pertubuhan Bangsa Bersatu, telah dapat disaksikan
beliau sendiri ketika berada di Malaysia.
"Hillary Clinton tanya, jadi saya terangkanlah apa yang dimaksudkan
(kesederhanaan). Inilah yang telah kita amalkan sejak berpuluh-puluh tahun lalu
dan kita nak bawa contoh terbaik ini ke peringkat dunia," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata gagasan 1Malaysia yang sudah diakui ramai
pemimpin antarabangsa untuk membawa negara terus kepada kemajuan lebih tinggi
dan perlu mendapat sokongan padu seluruh lapisan masyarakat. -- BERNAMA
AHLI Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin menandatangani buku sumpah Ahli Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah di Parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
Nov 9, 2010 12:22 pm
AHLI Parlimen Batu Sapi yang baru, Datin Linda Tsen Thau Lin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Tsen, 54, yang juga Naib Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi Wakil Rakyat setelah memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Khamis lalu. - Foto BERNAMA
Nov 9, 2010 12:20 pm
CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Tsau Lin yang memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dijulang Puteri Umno yang turut hadir ketika pengiraan undi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:05 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (empat dari kiri) bersama-sama penyokong-penyokong BN yang lain mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Tsau Lin (dua dari kiri) di atas kejayaan beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:03 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (kiri) beramah mesra dengan calon SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 5, 2010 12:01 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (dua dari kiri) sempat beramah mesra dengan calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah bagi pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
Nov 4, 2010 11:59 pm
DATIN Linda Tsen Thau Lin dari Barisan Nasional mengangkat tangan ketika di umumkan sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi oleh Pegawai Pengurus, Mohamad Hamsan Awang Supain (dua dari kiri) sambil diperhatikan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR, Ansari Abdullah di Pusat Perjumlahan Undi, Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:57 pm
PETUGAS SPR meletakkan peti undi dan dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:55 pm
PETUGAS SPR membewa peti undi untuk dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
Nov 4, 2010 11:54 pm
PETI undi dibawa masuk ke Dewan Masyarakat Sandakan bagi proses penjumlahan undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Sairien Nafis
Nov 4, 2010 11:52 pm

Keputusan pilihan raya kecil Batu Sapi

Pautan Berkaitan