login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Murid mati makan juadah berbuka
Oleh Norrasyidah Arshad

2011/08/10

Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.
Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.
Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Orang KPM
Bila disebut sebagai murid seolah-olah kesalahan hendak diletakkan kepada pihak sekolah atau KPM atau pengusaha kantin sekolah..berpada2 lah kalau nk buat tajuk berita..
bibie
ish2, ape la yang peniaga tu bubuh dalam makanan tersebut..Semoga roh adik nurdini dicucuri rahmat..amin..
fahmi
salam takziah utk keluarga ..
para peniaga tlg laa amek iktibar dari kes ni ..
tlg laa sgt ... jage kebersihan .... jaga kualiti makanan kamu jual ..
harga kamu jual pun tlg laa jgn cekik darah ..
kalo kamu islam silalah lihat adakah rezeki kamu dpt tu halal .. de riba' @ sebagainya ...
hanya memberi pandangan .. salam
karnain123
kerajaan patut pantau peniaga pasar bazar ramadan, dah la harga mahal jual suka hati, taphap kebersihan tak diutamakan. Wahai peniaga bazar! jangan terlalu nak untung sampai tergamak bunuh manusia lain..
lin
takziah di ucapkan kepada keluarga adik dini...semgoa sabar menghadapi ujian allah ini.semoga adik berbahagia di alam sana..aminnnnnnnnn
abikhsan
Takziah utk keluarga mangsa.... Inilah rona-rona kehidupan....
siti
takziah buat sekeluarga tabahkan hati
etaisya2000@yahoo.com
nape lak tknk ambil tindakan.. sampai kes meninggal. wat tak tau je..
azie
Kes seperti ini biasanya berpunca dari makanan yang tercemar.Saya sendiri pernah cirit birit di malam hari selepas makan roti canai di petangnya bersama rakan.Menurut rakan saya kuah roti canai itu terkena jari mamak yang membawa roti itu.jadi ini menunjukkan kuman tersebut datang dari penyedia makanan/minuman itu sendiri dan sepatutnya peniaga itu dikenakan tindakan.
mat
peniaga bertanggungjawab makanan tercemar dan tindakan mahkamah perlu sebagai pedoman
Ismail
Takziah dan bersabar dengan segala dugaan pada keluarga mangsa,perkara ini juga boleh berlaku pada keluarga kita semua jika orang ramai tidak berhati semamsa membeli juadah dipasar Ramadhan, diharap orang ramai perli meneliti makanan yang di jual,teliti dulu keadaan makanan yang dijual, kalau boleh beli makanan yang sedang dimasak ditempat tersebut dan perhatikan juga tingkah-laku dan pemakaian penjual bagi mengelaakkan perkara ini boleh berlaku, sekadar pencegahan dan peringatan kepada orang ramai.
Agak ralat juga jika berlaku kematian dan kalau boleh paling selamat masaklah juadah dirumah walaupun paling ringkas tetapi selamat dan kenyang,wasalam
mas merah
kepada peniaga bazar ramadan jangan hanya
fikir keuntungan sahaja......takziah buat keluarga mangsa
han
Al-Fatihah..org kampung aku ni..
sabrina Hassan
Ya Allah kenapalah bole jadi sampai macam tu sekali...Takziah buat keluarga tersebut...Al-Fatihah buat arwah
molly mali
semoga rohnya dicucuri rahmat...takziah buat En. Mohamad Ali sekeluarga
kepiluan
sepatutnya pihak berkuasa meningkatkan pemantauan terhadap premis bazar ramadan agar tidak berlaku lagi peristiwa sebegini dikemudian hari.
KASSIM@LANTANG BIN BULIWAN
Rasa simpati dan takziah di atas kejadian yang menimpa keluarga Mohamad Ali, tidak ada sesiapa yang disalahkan dalam kes ini tetapi saya mencadangkan kepada kerajaan Malaysia khususnya di bawah Kementerian Kesihatan agar mengeluarkan pekeliling khas supaya para peniaga bazar Ramadan yang mengambil kesempatan berniaga di tepi-tepi jalan, gerai dan di mana sahaja, seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berwajib/kesihatan. Ini bertujuan agar semua peniaga lebih bertanggungjawab khususnya dalam penjagaan kebersihan/kesihatan bersama. Terima kasih...dari Sabah Bah.
iqbaldarter
peniaga sanggup membunuh untuk keuntungan...pihak berkuasa perlu pantau perkara ni,tindakan tegas perlu diambil..bukan semua peniaga bazar ramadhan tu bersih dari semua segi...
omar sulaiman
takziah kepada keluarga yang terlibat,sebaik-baiknya masaklah untuk keluarga sendiri jangan ikutkan kehendak anak,kita ajar anak-anak kita jangan rajin membeli kerana orang yang menjual hanya fikirkan untung saja,memang kita tak boleh salah kan penjual tapi cuba fikit-fikirkan lah.
sueng Iman
ambil ikhtibar.
isz
Takziah...Tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit perlu diambil dan tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Papa Arissa
Sedih baca berita ini. En Mohamad Ali, silalah ambil tindakan terhadap peniaga pasar malam yang disyaki tercemar tu.
qisya
Ya Allah..besarnya dugaan.walaupun bukan senang tapi boleh tak pihak berwajib memantau menu yang di jual di baazar sbb ada menu yang basi di jual semula..
usj
jangan kerana nak cari untung cepat faktor kebersihan diabaikan,tetapi bukan semua juga yang berbuat demikian,bagi penyedia/penjual makanan jangan asyik nak cari untung ja tanpa memikirkan orang lain.bawa mereka ke mahkamah untuk keadilan.
Akram
Innalillah. Takziah untuk keluarga En Mohammad Ali atas kematian anak tersayang. Semoga semua pihak yang berniaga berhati2 dalam menyediakan juadah. Perlu ada keikhlasan dalam hati untuk berniaga, bukan untuk kaut untung semata2. Nauzubillah
Ross
Diharap pihak berkuasa dapat mengenalpasti peniaga terbabit dan mengambil tindakan segera.
syak
SAYA SARANKAN TINDAKAN DIAMBIL.. INI ADALAH KERANA TAKUT SEKIRANYA PERKARA INI BERLAKU KEPADA ORANG LAIN PULA...
zue
Ada peniaga yg mahu untung dan ambil jalan muda dengan mencampurkan makanan yg tidak habis degan makanan baru. harap berjhati2 membeli di Bazaar Ramadhan walaupun bukan semua yang bersukap begitu..
along evo
Hati-hati membeli minuman berasaskan air/ais. Mungkin punca dari sumber air.
ziraframo
Kementerian yang bertanggungjawab sila ambil berat isu ini sebab telah mengakibatkan kehilangan nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa. Tindakan tegas perlu diambil kepada segolongan peniaga yang tamak haloba dan rakus mencari keuntungan. Pergiatkan unit penguatkuasaan untuk memantau tahap kebersihan dan kesegaran makanan dan minuman yang dijual di bazaar ramadhan ...
krttdimeru
Salam takziah
julaiha
peristiwa sedih berulang lagi....ramadhan beberapa thun lalu juga begini..disyaki berpunca dr air soya..didaerah yg sama.wahai peniaga jujurlah dlm mencari rezeki Allah akan menmbh rezeki kalian andai kejjuran diutamakn..sanggupkah anda menjwb persoalan Illahi atas ketidakjjuran kalian.. dan pnglaman 2 ramadhan lepas saya x terkecuali...air tebu basi.....serik..
azrein
perlu diambil tindakan, supaya kejadian sama tak berulang. Tetapi pelik juga, adakah keluarga ini sahaja yang membeli juadah tersebut psda hari itu.
Angie
Kepada peniaga2... janganlah hanya mengira mahu keuntungan sahaja... kebersihan perlu juga diambil kira... Bila tragedi yg menimpa keluarga ini berulang, siapa yg harus dipersalahkan??? Takziah buat keluarga arwah, dah kepada ahli keluarga yg lain, semoga cepat sembuh... Kepada peniaga berkenaan, renung2kan lah atas perbuatan anda... jgan jadi diri anda seorang pembunuh...
kimiechepeng
MasyaAllah...takziah buat keluarga M. Ali. Banyak2 bersabar..ini adalah dugaan dari Allah pada bulan ramadhan. Jadikan iktibar buat semua.
drasag
Al-fatihah... tabahkan diri...
Syahwana Binti Zalil
Berita yang disiarkan boleh dijadikan panduan dan ikhtibar untuk semua.
mawi wie
kita sedekahkan al-fatihah buat arwah,mudah2an di cucuri rahmat......nasihat buat peniaga2 bazar,makanan yang di jual hendaklah sentiasa bersih,bukan fikir pasal untung sahaja,berhubung dengan kes mcm ni apa pula perasaan kmu?cuba bayangkn klu kmu si penjual tersebut jdi pembeli yang terkena insiden begitu dan melibatkn nyawa?cuba fikirkn.....
MALINA MANJA
mana peranan PBT dan jabatan kesihatan memantau penjualan dan sepatutnya tindakan tegas perlu di ambil terhadap penjual yang tidak mengambil kira nyawa manusia lain. rasanya memang ramai lagi yang terbeli makanan dipremis tersebut telah terkena. Al Fatihah kepada insan kecil..
sal maimunah
takziah pada keluarga adik nurdini..semuga tabah menghadapi dugaan di bulan mulia ni...


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker