Ahli Parlimen baru Myanmar daripada Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD)  mengangkat sumpah jawatan  pada sidang dewan rendah di Naypyidaw semalam. - Foto AFP
Ahli Parlimen baru Myanmar daripada Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) mengangkat sumpah jawatan pada sidang dewan rendah di Naypyidaw semalam. - Foto AFP
Langkah kurangkan pengaruh menteri tertentu, percepat perubahan

Naypyidaw: Presiden Myanmar Thein Sein bercadang untuk merombak kabinetnya dan melantik seorang naib presiden secepat mungkin bagi mengurangkan pengaruh menteri anti-pembaharuan dan mempercepatkan perubahan di negara itu, kata beberapa ahli parlimen.
“Rombakan dijangka dalam sesi parlimen terbaru bermula semalam dan mungkin menyingkirkan sesetengah menteri dengan mengurangkan tanggungjawab mereka dalam 37 anggota Kabinet atau memberi mereka peranan baru,” kata seorang ahli parlimen yang menambah, sekurang-kurangnya tiga kementerian akan terjejas, tambah mereka.

“Beliau perlu menjadikan kabinet lebih bertenaga dan berkesan selain perlu mengeluarkan sesetengah konservatif yang teragak-agak menerima pembaharuannya.

“Sesetengah kementerian akan digabungkan sementara sesetengah lagi akan diletakkan di bawah yang lain, justeru sesetengah menteri mungkin kehilangan kedudukan mereka dalam rombakan itu,” kata seorang anggota dewan tinggi yang enggan dikenali.

Fasa perubahan di Myanmar, kelihatan dipercepatkan selepas Thein Sein, seorang bekas jeneral, mengumumkan pada 19 Jun lalu gelombang kedua pembaharuan yang menyasarkan melipat gandakan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh lima tahun dan memodenkan negara mundur itu.

Letak jawatan
Dewan tinggi dan rendah yang bergabung semalam meluluskan peletakan jawatan Naib Presiden pertama Tin Aung Myint Oo, seorang bekas jeneral atasan rapat dengan diktator bersara Than Shwe.

Peletakan jawatan itu bertepatan dengan pemandangan luar biasa ketika anggota Liga Demokrasi Nasional (NLD) yang dicerca selama bertahun-tahun oleh junta, mengambil tempat duduk dalam parlimen, menandakan peralihan mereka daripada aktivis kepada pembuat dasar.

Pemenang Nobel, Suu Kyi dikritik kerana tidak muncul pada pembukaan parlimen dan menangguhkan sehingga Isnin apabila beliau akan duduk dalam dewan. Beliau memberi alasan letih selepas jelajah Eropah 17 hari yang berakhir Sabtu lalu.

“Kita perlu memahami beliau letih namun kami merasakan beliau perlu bersedia untuk datang,” kata Khine Maung Yi seorang lawan parti pembangkang, Pasukan Demokratik Nasional (NDF).

Pembuat dasar NLD Susu Lwin berkata beliau kecewa dengan kekurangan perde
batan dalam parlimen. “Cara ia dijalankan amat tegang. Adalah lebih baik jika ia kurang formal dan kita tidak perlu menghantar soalan lebih awal supaya dapat membacanya dalam parlimen,” katanya dalam temuramah. - Reuters