Nadal sahkan tidak beraksi di Cincinnati Masters

Nadal sahkan tidak beraksi di Cincinnati Masters

2012/08/10

CINCINNATI: Rafael Nadal semalam mengesahkan mengundur diri daripada beraksi di Cincinnati Masters berikutan masih bergelut dengan kecederaan lutut.

Dalam twitternya, pemain Sepanyol itu berkata: "Saya tidak mengambil bahagian dalam kejohanan di Cincinnati. Saya masih dilanda kecederaan.

"Saya masih tidak lupakan kejadian pada 2008. Tapi kecederaan saya dalam proses pemulihan," katanya.

Kejohanan di Cincinnati dianggap kejohanan penting sebelum beraksi di Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 27 Ogos ini.

Nadal sebelum ini tidak menyertai negaranya di Olimpik serta kejohanan Masters 1000 di Toronto, minggu ini.

Kali terakhir Nadal beraksi di Wimbledon, 28 Jun lalu di mana dia disekat pada pusingan kedua oleh pemain Republik Czech, Lukas Rosol. - AFP