Mutakhir

Najib adakan taklimat tertutup bersama Ahli Parlimen BN



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan majlis taklimat tertutup dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen di sini.

Taklimat tertutup kira-kira 45 minit yang bermula pada jam 8.45 pagi itu dihadiri anggota Parlimen daripada parti-parti komponen BN termasuk jemaah menteri.

Selepas mesyuarat, Najib beredar bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima di Parlimen. - BERNAMA