PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menunaikan zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya di Pejabat Perdana Menteri (JPM) di sini.
Zakat itu diserahkan kepada amil dari Masjid Putra di sini, Sayed Hassan Basri Tuan Hamzah.
Beberapa petugas dan pegawai JPM turut memanfaatkan peluang itu untuk membayar zakat fitrah.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pelaburan tambahan sebanyak AS$1.30 bilion dalam ekuiti, sukuk dan hartanah global pada suku pertama 2013.
SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyelaras jawatan kakitangan penjara agar lebih setara dengan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum ke-13 lepas tidak kekal lama selepas dicalit.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada kenderaan terpakai perlu diperiksa secara fizikal oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau dengan hanya pemeriksaan dokumen sebelum proses pemindahan hak milik.
KOTA BHARU: Seorang anak yang mengugut mencederakan bapanya dengan paip besi minggu lalu, akhirnya menerima padah apabila dihukum penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR: Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Abdul Samad mengucapkan tahniah kepada tiga pendaki 'Everest Felda 2013' yang berjaya menawan Gunung Everest pagi Selasa.
SEREMBAN: Tujuh muka baru antara 10 ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang dijadual mengangkat sumpah jawatan di Istana Besar, Seri Menanti di Kuala Pilah, esok.
SANDAKAN: Kehilangan seorang wanita sejak tiga hari lepas terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam rumahnya di Jambatan 4 Kampung Tinosa 2 dekat sini, hari ini.
KUALA LUMPUR: Harga getah Malaysia meneruskan kenaikannya hari ini dirangsang oleh momentum belian berterusan berikutan keyakinan terhadap permintaan global, kata peniaga.
MELAKA: Seramai 18 murid Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Telok Mas di sini hari ini mengalami sakit perut dan muntah-muntah, dipercayai keracunan makanan.
PUTRAJAYA: Kes saman yang dikemukakan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) terhadap Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) berhubung kesahan perjanjian jual beli 1,000 ekar tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
KUCHING: Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini memilih Dayang Madinah Tun Abang Openg sebagai senator untuk satu penggal lagi bermula 19 Julai tahun ini.
PONTIAN: Empat maut manakala seorang parah apabila Proton Waja yang dinaiki lima rakan warga Indonesia itu bertembung dengan sebuah bas kilang dalam kemalangan di Kilometer 66.5 Jalan Pontian-Batu Pahat berhampiran Sekolah Kebangsaan Api-Api di sini, awal pagi tadi.
SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Au Kam Wah meminta kouta bulanan minyak diesel di setiap stesen minyak di daerah ini ditambah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan setiap hujung bulan.
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menyuarakan kebimbangannya berhubung tindakan Korea Utara melancarkan misil jangka sederhana pada 18 dan 19 Mei yang menyemarakkan lagi suasana tegang di Semenanjung Korea.
IPOH: Pergerakan penumpang di lapangan terbang di negara ini meningkat kepada 23.95 juta orang bagi tempoh Januari hingga April tahun ini berbanding 21.78 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang menggesa Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini membenarkan permohonan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggantung pelaksanaan perintah pelepasan harta tiga pengarah dan seorang bekas pengarah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Sdn Bhd (GSB) yang dibebaskan daripada pertuduhan pengubahan wang haram.
IPOH: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini yang dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan keselamatan operasi pesawat dan keselesaan pengguna.
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pelaburan berjumlah RM49.3 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, peningkatan 44 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS Expressways Bhd (PLUS) bagi Lebuhraya Utara-Selatan sempena Hari Wesak dan cuti persekolahan dari Khamis hingga 9 Jun ini.
KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia kekal dalam lingkungan positif pada tengah hari ini dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 6.99 mata kepada 1,784.14, hampir pada paras tertinggi pada 1,788.43 pada 14 Mei.
LUKLA: Pendaki Everest FELDA 2013, Mohd Nasuha Shamsuddin 21, berjaya menawan Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut tepat jam 8.31 pagi ini (waktu Nepal).
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) sedang merangka strategi baharu bagi memperkukuh inisiatif sedia ada dalam program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR: Wan Muhammad Azri Wan Deris yang disaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung paparan video seks dengan seorang lelaki, menafikan beliau pemilik blog 'Papa Gomo'.
IPOH: Seorang wanita warga China didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan menjual DVD tanpa kebenaran dan sijil B.
JOHOR BAHRU: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan menghalang polis melaksanakan tugasnya dan melakukan khianat pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.