Kulaijaya: Datuk Seri Najib Razak tiba di Majlis Cabutan Undi Projek Perumahan Nusantara Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang turut dihadiri lebih 1,315 pemohon yang layak di Dewan Raya Putra dekat sini, sebentar tadi.

Perdana menteri tiba kira-kira jam 5.45 petang bersama isteri, Datin Seri Rosmah yang turut diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Prof Datin Dr Jamilah Ariffin.
Hadir sama, Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.