Kuantan: Barisan Nasional (BN) Pahang menampilkan 11 muka baru untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua bagi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal di Parlimen Pekan, manakala Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai.
Pengerusi PR1MA, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis kekal bertanding di Parlimen Rompin; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob (Parlimen Bera); Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin (Parlimen Temerloh); dan Timbalan Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan (DUN Muadzam Shah).

Ketua UMNO bahagian Kuantan yang juga exco belia dan sukan negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat bertanding di Parlimen Indera Mahkota.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Suffian Awang yang juga antara muka baru bertanding di Parlimen Kuantan.