Najib umum 25,500 rumah mampu milik projek PR1MA dibina di Johor

Najib umum 25,500 rumah mampu milik projek PR1MA dibina di Johor

2013/02/12

Kulaijaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 25,500 rumah mampu milik di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina di Johor dalam tempoh tiga tahun.

Pembinaan rumah mampu milik itu membabitkan lima pemaju perumahan antaranya di Plentong, Pasir Gudang, Larkin dan Tebrau.

Ia diumumkan pada Majlis Cabutan Undi Projek Perumahan Nusantara PR1MA di Dewan Raya Bandar Putra di sini, sebentar tadi.