IPOH: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan baucar khas program Karisma Hati Rakyat membabitkan peruntukan RM50 juta akan diedarkan sebelum 31 Mac ini.

Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan dalam Bajet 2013 baucar bantuan khas RM200 bagi penerima di Semenanjung dan RM300 penerima di Sabah dan Sarawak untuk keperluan rumah, sekolah dan khas.
Tarikh pengagihan baucer membabitkan 200,000 penerima diumum Perdana Menteri sempena pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini.