header

Najib yakin pengundi Tenang buat keputusan tepat

PUTRAJAYA: "Esok Tenang (hari mengundi pilihan raya kecil Tenang), saya masih bertenang lagi, mudah-mudahan pengundi kawasan Tenang dapat memikirkan tentang masa depan mereka," kata Datuk Seri Najib Razak sambil berseloroh apabila diminta mengulas mengenai pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor, esok.

Bercakap kepada pemberita pada satu sidang media di pejabatnya di sini semalam, Perdana Menteri berkata beliau yakin pengundi Tenang sudah dapat membuat kesimpulan selepas mendengar kempen kedua-dua pihak selepas penamaan calon pada 22 Januari lalu.

"Insya-Allah, pengundi di Tenang sedar bahawa ini adalah pilihan raya kecil, bukan pilihan raya umum dan apa yang penting bagi mereka ialah memilih seorang wakil rakyat yang boleh membuat sesuatu atau memberi kelebihan kepada mereka. “Saya yakin mereka faham akan pilihan yang terbuka kepada mereka dan mereka dah dapat buat kesimpulan, mereka dah dengar kedua-dua pihak dan saya yakin mereka akan membuat pilihan yang bijak lagi betul.

“Keputusan ini memberi kesan atau membawa perubahan besar kepada penduduk di sana,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang esok membabitkan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim, 39 dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.

SELEPAS memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari lalu, Mohd Azahar Ibrahim, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang di Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di Nusajaya. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Mar 17, 2011 2:17 pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:08 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mohd Azahar Ibrahim selepas keputusan pilihan raya kecil DUN Tenang diumumkan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zain Ahmed
Jan 31, 2011 2:06 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Mohd Azahar Ibrahim selepas diumumkan sebagai ADUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Jan 31, 2011 1:59 am
MOHD Azahar Ibrahim dijulang selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Jan 31, 2011 2:23 am
MOHD Azahar Ibrahim diraikan penyokong dan ahli keluarga sejurus tiba di rumahnya di Jalan Tenang, Labis. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:34 am
MOHD Azahar Ibrahim bertemu neneknya, Esah Sulong, di rumah di Jalan Tenang, Labis, selepas diisytihar pemenang pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Shahrul M Zain
Jan 31, 2011 2:40 am
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menaiki trak tentera untuk ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis kerana laluan dari tempat penginapan mereka dinaiki air. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:34 am
KENDERAAN terperangkap dalam kesesakan akibat banjir di hadapan Balai Polis Tenang Station selepas hujan sepanjang hari. - Foto Sairien Nafis
Jan 31, 2011 2:37 am
ANGGOTA Pertahanan Awam dan tentera dari Kem Gemas membawa mangsa banjir berpindah selepas rumah mereka di Kampung Ladang Verra ditenggelami air ketika pilihan raya kecil DUN Tenang. - Foto Rosdan Wahid
Jan 31, 2011 2:54 am

Mohd Azahar Ibrahim ADUN Tenang

Pautan Berkaitan