Negara Arab tangguh mesyuarat bincang hal Syria
KAHERAH: Menteri luar negara Arab menangguhkan mesyuarat bagi mmbincangkan konflik di Syria yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi hari ini, kata pegawai tertinggi Liga Arab.
Menteri berkata, mereka sepatutnya bertemu di bandar Laut Merah, Jeddah bagi membincangkan langkah seterusnya berkaitan konflik di Syria selepas peletakan jawatan Ketua Misi Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu-Liga Arab, Kofi Annan pada awal bulan ini dan siapa bakal menggantinya.
Timbalan Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Ben Helli berkata, mesyuarat berkenaan "ditangguhkan sehingga diberitahu kelak". - AFP