Niat buruk pembangkang

Niat buruk pembangkang

Oleh Norfatimah Ahmad
2012/11/26

Kuala Lumpur: Tindakan pembangkang yang sering cuba menggagalkan usaha kerajaan menunjukkan mereka lebih mementingkan politik berbanding masa depan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ini termasuk cubaan menggagalkan pelaksanaan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor dan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia.

“Sepatutnya mereka jadi pembangkang konstruktif tetapi kerana kepentingan politik jangka pendek lebih utama, mereka cuba gagalkan usaha ini dan tidak mahu kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya mentadbir negara ini,” katanya pada majlis penutup Himpunan Wanita Muda Negara 2012, di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini