MONACO: Pemandu Mercedes, Nico Rosberg mencatatkan masa terpantas dalam sesi latihan pertama di Grand Prix Monaco hari ini.

Pemandu Jerman itu menguasai petak utama pada dua perlumbaan sebelum ini, mencatatkan 1 minit 16 saat, 0.08 saat lebih pantas daripada pencabar terdekat, Fernando Alonso dari Ferrari.
Alonso memenangi GP Sepanyol dua minggu lalu dan berusaha untuk menjadi pemandu pertama menang di Monaco dengan tiga pasukan yang berbeza. - AP