Selepas 20 tahun tidak melayakkan diri di Sukan Olimpik, penampilan Adiq dan Amir lebih kepada matlamat pendedahan tapi hanya menamatkan perlumbaan sehingga ke pusingan keenam dengan ketika itu menduduki tempat ke-129 daripada 144 pelumba keseluruhan.
Dalam perlumbaan itu semalam, pelumba Asia, Alexandre Vinokourov yang mewakili Kazakhstan menenggelamkan kehebatan pelumba pilihan dari Eropah untuk merangkul pingat emas dalam perlumbaan mencabar yang berakhir di The Mall.
Pelumba pasukan pro Astana itu meninggalkan pelumba Colombia, Rigoberto Uran dalam perlumbaan satu lawan satu menuju ke garisan penamat dengan mencatatkan 5 jam 45 minit 57 saat.
Pingat gangsa pula dimenangi Alexander Kristoff dari Norway dengan pelumba pilihan, Mark Cavendish dari Britain terpaksa berpuas hati di tempat ke-28.
