Aksi Yi Siling (kanan) bersama pemenang pingat perak, Sylwia Bogacka dari Poland acara 10m air rifle, semalam.
Penembak nombor satu dunia berusia 23 tahun itu berjaya mengekalkan status sebagai pilihan utama dengan mencatatkan 502.9 mata, sekali gus mengetepikan pencabar terdekat Sylwia Bogacka dari Poland yang mengumpul 502.2 mata.
"Saya amat teruja dan gembira...Saya menceburi sukan ini sejak berusia 13 tahun lagi," kata Yi, selepas menerima pingat emas daripada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge.
Wakil tunggal Malaysia, Nur Suryani Mohd Taibi, hanya mampu menduduki tangga ke-34 dengan catatan 392 mata, sekali gus gagal mara ke pusingan akhir.