login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

OrphanCARE terima bayi lelaki pertama


2010/06/29

Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi pertama  yang dihantar ke Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch), di Petaling Jaya. Bayi berusia lima hari seberat 2.7 kilogram itu  diserahkan Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing. Baby Hatch diwujudkan bagi mengelakkan bayi terutama dilahirkan luar nikah dibuang di merata tempat. (berita lanjut di BH Online - Nasional)
Terselamat daripada dibuang: Wajah bayi pertama yang dihantar ke Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini (Baby Hatch), di Petaling Jaya. Bayi berusia lima hari seberat 2.7 kilogram itu diserahkan Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing. Baby Hatch diwujudkan bagi mengelakkan bayi terutama dilahirkan luar nikah dibuang di merata tempat. (berita lanjut di BH Online - Nasional)
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki seberat 2.7 kilogram yang dilahirkan pada Jumaat lalu, menjadi bayi pertama diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) untuk Baby Hatch atau Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini yang julung kali dilancarkan di negara ini pada 29 Mei lalu.

Bayi itu yang berada dalam keadaan sihat diserahkan pada Sabtu lalu oleh ibu bapanya berumur awal 20-an yang masih belum berkahwin dan merahsiakan kandungan itu daripada pengetahuan keluarga serta rakan masing-masing.
Presiden OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir berkata, pasangan itu masih belum membuat keputusan untuk membesarkan sendiri anak mereka itu ataupun menyerahkannya kepada keluarga angkat.
Menceritakan detik penyerahan itu, beliau berkata, pasangan terbabit tiba di pusat berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi dengan si bapa memasuki pusat berkenaan untuk meninjau terlebih dulu manakala si ibu dan anaknya itu menunggu di dalam kereta, sebelum mereka dijemput masuk kemudian.

Pasangan berkenaan akan membuat keputusan nanti sama ada mahu anak mereka itu diserahkan kepada keluarga angkat, katanya.

Baby Hatch yang beroperasi 24 jam di alamat 6, SS1/24A, Kampung Tunku di Petaling Jaya, dikendalikan OrphanCARE dan penaungnya Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

apakah tindakan selanjutnya OrphanCARE terhadap ibubapa kepada bayi ini?
nana
kebaikannya nasib bayi-bayi ini terbela...keburukannya btmbahlah org kat luar tu buat anak luar nikah dan htr ke pusat tu.....
angahpikah
Bagus juga diadakan rumah seperti ini. Sekurang-kurangnya bagi peluang kepada ibu bapa yg belum bersedia menerima anak untuk menghantar anak ke sini dari dibiar di tepi-tepi tong sampah dan masjid.

Tapi penubuhan ini bukan untuk menggalakkan lagi remaja membuat anak sesuka hati lalu dihantar ke situ.
noyu
ermm..baik niat pihak baby hatch..tp yg xeloknya takut ia menjadi budaya di malaysia yg mana mereka2 ini rasa terjamin jika mengandungkan anak luar nikah kerana sudah ada tempat khas telah disediakan..harapan tempat ini tidak disalahgunakan..ketatkan syarat penempatan bayi di sana..
ku suhaida
tidakkah baby hatch ini akan menggalakan lg kes pembuangan bayi dan sekali gus meramaikan lg status anak sebagai anak luar nikah....
Silalah Kahwin
yg mak bapak bayi tuh kahwin je lah, tengok muka anak tuh kesian rasenyer.
Rosidayu che husain
comelnye...cian kt baby...
Ahmad Fawaz
Semoga Baby Hatch- OrphanCare dpt membendung gejala buang bayi secara total, 100%
Ibu
Apa nak dikata.. baling batu, sorok tangan. Tapi ini dikira masih baik sebab tak membuang merata-rata atau mencekik bayi yang tak berdosa ni.. Tapi perbuatan ni, tetap tak dapat dimaafkan. Taubat banyak2.
shahri
Tahniah diucapkan kepada penaung BH kerana tindakan ini amat diperlukan demi menjaga keselamatan bayi tersebut. Wajar pihak BH mengiklankan secara besar besaran kepada semua talian hp kerana sudah pasti majoriti rakyhat mengunakan hp sebagai alat perhbunga, dengan ini maklumat yang disampaikan lebih cepat sampai kepada mereka, wajar sekiranya pihak BH juga menyediakan tempat perlindungan yang dinamakan Mama Hatch untuk melindungi remaja wanita yang mengandung tetapi ditinggalkan oleh keluarga dan teman lelaki tersebut. Wajar diperluaskan keseluruh negara terutama negari yang paling ramai melahirkan anak abdullah ini. tq.
norule
tahniah buat baby hactch
mawar_spaoh
Alhmdlh, ada juga pusat jagaan sebegini.
Namun, diharap rkyt jgn plak fikirkan ia memudahkan utk buat lagi anak luar nikah.
Kalau di dunia terlepas sekalipun, pasti dan pasti di akhirat ada penghisaban yang sekeras kerasnya menanti.
hannah
betapa comel dan hebatnya kurniaan Allah. sy dh kawin hampir 2 tahun masih berusaha nk dptkan anak..sedih tgk baby yg comel ni dimana kehadirannya tidak diduga dan tidak ingini..
Awang
Semua perasaan berbaur. Gembira- satu nyawa selamat. sedih,geram,marah,benci- masih ada "manusia" yg begini. Takut- kalau2 ini jadi budaya baru. mudah2an ini bukan satu2nya penyelesaian.
azah
alhamdulillah sekurang2nya 1 nyawa telah terselamat.


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker