login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

PKR hanya layak jadi NGO: Shahrizat


2010/10/31

SANDAKAN: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya layak menjadi badan bukan kerajaan (NGO), bukan menerajui kepemimpinan negara kerana boleh dilabel sebagai parti yang mempunyai banyak masalah.

Beliau berkata, parti itu juga dilihat kucar-kacir dan menghadapi masalah kepemimpinan yang begitu teruk, manakala calonnya di Batu Sapi, Ansari Abdullah pula sudah dua kali terjatuh jeti.
“Mungkin ada yang simpati tapi kita boleh lihat kalau di tempat yang orang lain tak jatuh, dia boleh jatuh. Kalau jalan pun sudah tak betul, macam mana nak tolong orang lain,” katanya berseloroh ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) bersama Komuniti di Kampung Gas, semalam.
Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, calon Parti Maju Sabah, Datuk Yong Teck Lee berkempen sambil menyatakan dia harapan masyarakat Cina sedangkan Batu Sapi bukan saja dihuni masyarakat itu semata-mata, sebaliknya berbilang bangsa.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker